Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

29) BEKALAN AIR DI EMPANGAN SELANGOR BERLEBIHAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah terdapat khabar angin mengatakan Selangor akan menghadapi kekurangan air dalam masa terdekat?

    Berdasarkan rekod pemantauan pihak Lembaga, Negeri Selangor masih mempunyai sumber air mentah yang mencukupi untuk tujuan bekalan air melalui penggunaan secara optimum dan effisien sumber air empangan. Terdapat tujuh (7) empangan utama di Negeri Selangor yang berfungsi untuk menakung air semasa musim hujan dan diuruskan supaya ia boleh digunakan untuk tujuan bekalan air.

    Pemantauan pihak LUAS sehingga 22 Jun 2012 terhadap paras air di tujuh (7) empangan di Negeri Selangor mendapati semuanya dalam keadaan yang baik dan terkawal di mana tiga empangan iaitu Empangan Sungai Langat, Klang Gates dan Semenyih masih mempunyai kapasiti simpanan maksimum 100% dan paras air empangan adalah melebihi paras air tertinggi (Top Water Level) dan mengalami limpahan (spill). Manakala empat (4) empangan iaitu Sungai Selangor, Sungai Tinggi, Batu dan Tasik Subang mengalami sedikit penurunan kapasiti empangan.

    Ini adalah berikutan Monsun Barat Daya yang membawa cuaca kering dan kurang hujan di kawasan tadahan air empangan yang dijangka bermula Mei hingga September. Walau bagaimanapun, adalah dijangkakan kadar taburan hujan akan meningkat semula mulai bulan September.

  2. Apakah implikasi yang akan dihadapi sekiranya diteruskan projek air dari Pahang ke Hulu Langat?

    Implikasi yang mesti diberikan perhatian dalam pelaksanaan Projek Langat 2 adalah dari segi alam sekitar, masalah social seperti perpindahan orang asli setempat, kemalangan dan kesesakan lalu lintas. Pada masa yang sama, implikasi kewangan juga merupakan salah satu pertimbangan yang perlu diperhalusi kerana ia melibatkan bayaran tarif yang akan dicaj kepada pengguna kelak.

  3. Apakah cadangan untuk menggunakan air banjir yang sering berlaku di Hulu Langat?

    Cadangan bagi menggunakan aliran air banjir (flood flow) untuk ditakung ke dalam kolam bekas lombong berhampiran adalah salah satu inisiatif pihak Lembaga dalam meningkatkan kebolehdapatan sumber air serta bertindak dwifungsi di mana bagi mengelakkan banjir di bahagian hilir.

    Sehubungan itu, pihak Lembaga sedang dalam peringkat penyediaan bagi pelaksanaan ’Kajian Kolam Bekas Lombong Sebagai Kolam Takungan Aliran

    Banjir di Lembangan Sungai Selangor’ setelah diluluskan di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah LUAS Bil.6/2011 pada 20 Disember 2011 dengan peruntukan daripada Bajet Pembangunan sebanyak RM 800,000.00 bagi tempoh kajian selama enam (6) bulan. Hasil daripada kajian tersebut akan direplikasi ke kawasan lain yang berpotensi tertakluk kepada kesesuaian tapak dan data hidrologi.

     

    Maklumat Tambahan

    Kedudukan paras air empangan dan peratus kapasiti takungan air empangan sehingga 22 Jun  2012 adalah seperti berikut:

     

    EMPANGAN
     
     

    PARAS        AIR   KAPASITI   PARAS     AIR   PERATUS
    MAKSIMUM TAKUNGAN EMPANGAN KAPASITI
    (TWL, m ) (juta m3) (m ODL) TAKUNGAN
          (%)
     
     

    SUNGAI
    SELANGOR
     
    SUNGAI TINGGI
     
    KLANG GATES
     
     

    220
     
    59.5
     
    95.22
     
     

    BATU
     
    TASIK SUBANG
     
     

    102.7   30.5   102.73   100
           
    38.58 3.53 38.34 97.71
           
      SUNGAI   220.96   37.5   221.0   100
      LANGAT        
       
      SEMENYIH 111 61.735 111.1 100
               
    1. Berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan Monsun Barat Daya membawa cuaca kering dan penurunan kadar taburan hujan pada bulan Mei hingga September 2012. Sungai turut mengalami aliran rendah (low flow) pada ketika ini. Hujan dijangka bawah paras purata di Negeri Selangor bermula Jun hingga Julai 2012, dengan jumlah hujan bulanan di antara 90-120 mm pada Jun 2012 dan 50-100 mm pada Julai 2012.
    2. Pihak LUAS telah mengeluarkan surat Pemakluman Perubahan Cuaca Kering Akibat Monsun Barat Daya pada 4 Mei 2012 kepada semua pengendali empangan supaya mengambil langkah-langkah kawalan seperti berikut:

    Pematuhan prosedur operasi empangan  / ‘dam rule curve’ bagi mengawal pelepasan air daripada empangan di mana pelepasan air adalah mengikut keperluan optimum di loji dan turut mengambilkira keperluan aliran alam sekitar ‘environmental flow’;

    • Mengadakan perbincangan bersama pihak Lembaga jika berlakunya konflik dari segi pelepasan air dari empangan seperti yang melibatkan empangan dwifungsi iaitu untuk tujuan bekalan air dan tebatan banjir;
    • Menjalankan pemantauan dan bertindak sewajarnya jika simpanan air empangan mencapai isipadu kawalan / ‘control volume’ atau 50%; dan
    • Menjalankan pemantauan paras air di muka sauk bagi memastikan kuantiti air yang di pam adalah mencukupi dan tidak memberi kesan ke atas operasi pam air mentah hingga mengakibatkan kegagalan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.