Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

175) BEKALAN AIR BERSIH TANPA GANGGUAN

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan gangguan bekalan air bersih serta punca bekalan terputus, yang telah berlaku dari 2018 sehingga sekarang.

    Statistik gangguan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 2018 sehingga 13 Oktober 2020 adalah seperti berikut:

    Manakala, statistik gangguan bekalan air di kawasan Lembah Jaya dari 2018 sehingga 13 Oktober 2020 adalah seperti berikut:

    Punca gangguan bekalan air bersih dari tahun 2018 adalah disebabkan oleh gangguan bekalan tidak berjadual dan berjadual seperti berikut:

    i. Berlakunya paip pecah diantaranya berpunca daripada faktor usia paip dan kejadian paip pecah oleh pihak ketiga antaranya pembinaan projek lebuhraya SUKE, Projek Langat 2 dan Projek lebuhraya EKVE.

    ii. Hentitugas Loji Sungai Selangor fasa 1, Loji Sungai Selangor Fasa 2 dan Loji Sungai Selangor Fasa 3 akibat pencemaran bau.

    iii. Hentitugas Loji Ampang Intake disebabkan oleh kekeruhan sumber air mentah yang tinggi (NTU) akibat pecemaran sumber air oleh pihak EKVE.

    iv. Gangguan air berjadual susulan kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air seperti kerja-kerja naiktaraf di Loji Rawatan Air (LRA) , program penggantian paip, pencucian paip dan kolam dan pemasangan aset baru di jajaran paip sediada.

  2. Bagaimana Air Selangor menyelesaikan masalah gangguan bekalan air tersebut?

    Berikut adalah antara tindakan yang telah diambil bagi menyelesaikan gangguan bekalan air tersebut:

    Untuk makluman, sebagai langkah jangka masa panjang, sistem bekalan air di kawasan Lembah Jaya akan dipertingkatkan setelah Loji Rawatan Air Langat 2 dan rangkaian sistem agihan siap serta beroperasi sepenuhnya pada Disember 2023.

  3. Mengapa pencemaran air sungai yang menjadi sumber bekalan air mentah sering berlaku? Apakah tindakan yang diambil dan langkah-langkah pencegahan yang dilaksanakan?

    Sungai merupakan pembekal sumber air kepada LRA di Negeri Selangor. Berdasarkan statistik pencemaran dan henti tugas loji, pencemaran sungai disebabkan oleh pelbagai faktor seperti pelepasan efluen dari industri dibahagian hulu sungai. Selain itu, terdapat juga individu yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik samada di rizab sungai atau di dalam sungai seterusnya menjejaskan kualiti air sungai.

    Selain itu, pencemaran sungai merupakan isu yang kerap kali berulang dan ada di antaranya menyebabkan henti tugas loji pembersihan air. Bagi mengelakkan isu pencemaran ini berulang, Kerajaan Negeri telah melaksanakan langkah-langkah kawalan dan pencegahan seperti berikut:

    i) Mengadakan perbincangan dan tindakan susulan melalui dua (2) Jawatankuasa yang ditubuhkan iaitu Mesyuarat Pasukan Petugas Lembangan Sungai Klang, Sungai Selangor dan Sungai Langat yang dipengerusikan oleh Pengarah LUAS dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YB EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor;
    ii) Mengadakan perbincangan dan penyelarasan di antara agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan melalui dua (2) mesyuarat iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi Menangani Pencemaran Sumber Air yang dipengerusikan oleh YB EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor dan Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YB EXCO Alam Sekitar Negeri Selangor.

    iii) Mengambil tindakan dan mengemaskini inventori punca pencemaran di rizab sungai berkaitan berdasarkan kajian guna tanah dan inventori yang telah dilaksanakan;

    iv) Menjalankan pemantauan statik dan pensampelan selama 24 jam di lokasi utama yang menyebabkan pencemaran. Sebagai contoh pemantauan pencemaran bau di Sungai Semenyih. Operasi ini telah dilaksanakan bermula bulan Jan 2020 dan dikenali sebagai Ops Sumber Air;

    v) Melaksanakan pembinaan stesen kuantiti dan kualiti sumber air di lembangan sungai bagi melengkapi rangkaian stesen sedia ada. Pembangunan stesen di Sungai Selangor dan Sungai Langat telah siap dan sedang digunapakai;

    vi) Menubuhkan Skuad Pantas di bawah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi tujuan pemantauan berterusan 24 jam di kawasan lembangan sungai utama Negeri Selangor; dan

    vii) Menjalankan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu bersama agensi teknikal dan Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan dengan mengoptimumkan pelaksanaan undang-undang bagi memastikan sumber air terpelihara.

Lampiran

Tiada Lampiran.