Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

323) BEKALAN AIR BERSIH DI TAMAN NAQSYABANDIAH, BATU 18, JALAN SEMENYIH

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. ngin tahu kerja-kerja pembekalan air bersih ke Taman Naqsyabandiah, Batu 18 Jalan Semenyih. Apakah status tender ketika ini sama ada kerja-kerja tender sudah di "handover" atau sebaliknya

    Kerja-kerja pembekalan air ke kampung Naqsyabandiah, Batu 18, Jalan Semenyih telah disiapkan oleh SYABAS pada 13 Ogos 2014 dan ianya melibatkan kerja-kerja berikut:-

    • Pembinaan tangka menara berkapisiti 33,000 gelen;
    • Pembinaan sebuah rumah pam dan system pengepaman dan pemasangan paip ke sistem retikulasi kampung Naqsyabandiah; dan
    • Membaikpulih dan menaik taraf kapasiti tangka sedia ’

     

  2. Mohon dinyatakan kos bagi projek tersebut.

    Keseluruhan kos kerja adalah berjumlah RM2,181,742.49

Lampiran

Tiada Lampiran.