Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
114) BEKALAN AIR BERSIH
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah awal menangani kekurangan bekalan air sewaktu musim El Nino?
- Fenomena El Nino telah mengakibatkan negara mengalami cuaca yang panas dan kering menyebabkan taburan hujan yang diterima berkurang. Kekurangan hujan ini, seterusnya memberi kesan kepada pengurangan paras simpanan air di empangan-empangan. Justeru, bagi memastikan tahap simpanan air di empangan dapat dipelihara dan dikekalkan, langkah-langkah awal yang telah diambil adalah seperti berikut:
- Mengawal pelepasan air empangan mengikut SOP, iaitu Graf ‘Operational Rules Curve (ORC)’ empangan. Ini bermaksud jumlah pelepasan air empangan dipantau secara tara dan berterusan 24 jam bergantung kepada paras semasa empangan tanpa pembaziran. Dalam masa yang sama unjuran kapasiti empangan ‘dam projection ‘ telah di buat agar pelepasan dan kapasiti empangan dapat disasarkan dalam tempoh tertentu juga bagi tujuan
- Mengaktifkan Penyaluran Air Mentah Pahang – Selangor (PAMPS) dari Sg. Semantan, Pahang ke Sg. Langat bagi memenuhi keperluan air mentah Loji Pembersihan Air (LPA) Sg. Langat. Penyaluran air mentah ini juga digunakan sebagai faktor pencairan ‘dilution’ bagi kandungan ammonia dalam air mentah di LPA Cheras. Pada tahun 2016, PAMPS telah diaktifkan bermula pada 15 Jan 2016, iaitu pada kapasiti Empangan Sg. Langat 74.51% dan dihentikan pada 16 Mei 2016 di mana kapasiti Empangan Langat telah dapat ditingkatkan
kepada 81.93%. Jumlah air mentah yang telah disalurkan dalam tempoh tersebut ialah 28,204 Juta Liter Sehari (JLH). Perincian seperti berikut:
- Mengaktifkan operasi pengepaman air mentah dari kolam-kolam takungan Bestari Jaya (OPAK) ke Sg. Selangor bagi mengurangkan jumlah pelepasan dari Empangan Sg. Selangor dan Empangan Sg. Tinggi dan dalam masa yang sama dapat menampung keperluan air mentah LPA Sg. Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 (SSP1, SSP2 & SSP3). Daripada laporan LUAS, jumlah kolam yang terlibat dalam OPAK pada tahun 2016, ialah 10 buah kolam (Kolam KL Larut, Hang Tuah 5, HORAS 600, MBI, Taman Ilmu, Kambing Susu A, B, C, Hang Tuah 6 dan Tan Chong). Bilangan pam-pam yang terlibat untuk OPAK ialah sebanyak 33 buah pam (10 pam JPS dan 23 pam KSSB) dengan kapasiti yang ditetapkan oleh LUAS sebanyak 800 – 1,000 JLH. Di samping itu, OPAK juga berfungsi sebagai ‘simpanan’ air mentah di mana air lebihan di sungai semasa musim hujan akan dipamkan semula ke dalam kolam-kolam yang terlibat dalam OPAK.
- Bagi mengurangkan impak penyusutan simpanan air di Empangan Klang Gates, LPA Wangsa Maju telah mengurangkan abstraksi air mentah dari empangan tersebut ke loji sebanyak 12 JLH bermula pada 4 Mei 2016 hingga kini. Selain itu, usaha pengambilan air mentah dari muka sauk Sg. Gombak telah dijalankan sejak 19 Mac 2016 dengan purata abstraksi air mentah sebanyak 18 JLH. Pengurangan bekalan air terawat di kawasan yang terlibat oleh LPA Wangsa Maju telah ditampung oleh LPA SSP1 dan
- Bagi mengurangkan impak penyusutan simpanan air di ‘Off-river storage’ (ORS) Sg. Labu, LPA Sg. Labu telah mengurangkan pengeluaran loji kepada 103 JLH dan 92-95 JLH masing-masing bermula dari 8 Mei 2016 dan 17 Mei 2016 hingga kini, berbanding pengeluaran asal 105 JLH. Pengurangan bekalan air terawat di kawasan yang terlibat telah ditampung oleh LPA Sg. Semenyih. Di samping itu, pengepaman air mentah ORS Sg. Labu telah di lakukan secara optimum apabila aliran dasar ‘baseflow’ sungai meningkat di muka sauk LPA terutama selepas hujan.
- Tindakan pembersihan dan mendalamkan lebih kerap telah dijalankan di muka- muka sauk LPA agar sebarang kemungkinan kepada henti tugas pam-pam air mentah dapat diatasi segera kesan daripada paras air yang ‘cetek’ di bawah paras normal dan juga kualiti air yang
- Pihak LUAS telah melaksanakan pembenihan awan di kawasan tadahan empangan-empangan bermula pada awal tahun hingga
-
Berapakah paras air terkini setiap kolam?
Paras air empangan dan kapasiti simpanan air terkini di tiga (3) empangan utama di Selangor iaitu Empangan Semenyih, Empangan Sg. Tinggi dan Empangan Sg. Langat setakat 19 Julai 2016 adalah melebihi paras kapasiti simpanan 70%. Manakala, empat (4) empangan lain merekodkan kapasiti simpanan di bawah 70%, di mana ORS Sg. Labu merekodkan kapasiti simpanan air terendah iaitu 49.65%. Ringkasan status kapasiti simpanan air empangan- empangan di Selangor setakat 19 Julai 2016 adalah seperti jadual berikut:-
- Secara keseluruhannya, kapasiti simpanan air di ketujuh-tujuh empangan di Selangor adalah baik dan terkawal. Berdasarkan kepada unjuran kapasiti empangan-empangan yang dibuat, kapasiti dijangka akan meningkat semula pada Sept-Okt di Musim Peralihan Monsun di mana keadaan cuaca berubah menjadi lembap. Di samping itu Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) juga meramalkan fenomena La Nina akan melanda negara pada penghujung 2016.
-
Berapakah kadar peningkatan penggunaan air pada musim El Nino?
Merujuk kepada purata pengeluaran harian air bersih untuk bulan Mei 2016 adalah 4,856.83 Juta Liter Sehari dan bulan April 2016 adalah 4,834.97 Juta Liter Sehari. Purata pengeluaran air bersih untuk kedua-dua bulan ini adalah 4,845.90 Juta Liter Sehari. Jika dibandingkan dengan purata pengeluaran air bersih bulan Januari 2016, iaitu 4,752.62 Juta Liter Sehari, didapati terdapat peningkatan sekitar 1.96% pengeluaran air bersih semasa musim El-Nino.