Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

117) BEKALAN AIR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pihak Syabas mengumumkan bahawa paras simpanan air di semua empangan di Selangor menurun mendadak berikutan musim kemarau yang berlarutan panjang. Apakah kaedah dan strategi Kerajaan Selangor untuk mencegah keadaan tidak ada bekalan air sekiranya musim kemarau kelarutan lagi?

    Bagi menangani masalah kekurangan bekalan air di musim kemarau, Kerajaan Negeri
    Selangor akan menyarankan kepada pihak operator empangan supaya menjalankan
    proses pelepasan air secara terkawal bagi mengelakkan lebihan air di aliran sungai.
    Selain itu, pihak operator loji pula akan disarankan supaya menjalankan proses rawatan
    seperti biasa di samping menyediakan simpanan air terawat yang mencukupi di tangki
    simpanan loji rawatan. Namun begitu, peranan pengguna juga amat penting sewaktu
    musim kemarau iaitu menggunakan air secara berhemah, berjimat cermat dan
    mengelakkan sebarang pembaziran penggunaan air.

  2. Adakah sumber air yang lain diperoleh untuk memenuhi permintaan air paip yang lebih setiap tahun?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa prihatin dalam memastikan bekalan air terawat
    memenuhi permintaan pengguna sepanjang masa. Sehubungan dengan itu, Kerajaan
    Negeri Selangor sentiasa berusaha untuk menambah bekalan air terawat untuk
    memenuhi permintaan terutamanya melalui pelaksanaan projek pemindahan air
    Pahang ke Selangor yang akan siap sepenuhnya pada tahun 2014. Selain itu juga,
    Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama Kerajaan Persekutuan juga menyediakan
    bekalan air alternatif melalui projek Loji Rawatan Air Baru di Sepang dan juga
    menaiktaraf sistem pam air mentah di Loji Rawatan Air Sungai Selangor fasa 1. Ke
    semua projek ini dijangka dapat membantu Kerajaan Negeri Selangor membekalkan air
    dengan cukup walaupun pada tempoh waktu cuaca yang kritikal.

Lampiran

Tiada Lampiran.