Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

71) BEKALAN AIR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah paras air terkini di takungan-takungan air di Negeri Selangor dan untuk berapa lama bekalan ini akan bertahan?

    Secara keseluruhannya, tahap pengeluaran air oleh semua loji rawatan air di
    negeri ini sehingga Januari 2010 adalah sebanyak 4326 juta liter sehari (JLH).
    Manakala kapasiti simpanan semasa adalah sebanyak 281 JLH berdasarkan
    kepada permintaan air semasa. Sehubungan dengan itu, pihak negeri masih
    mempunyai simpanan sebanyak 281 JLH yang boleh membantu semasa
    fenomena El-Nino.
    Manakala dari segi simpanan di empangan masih dalam keadaan stabil dan
    dijangka akan bertambah baik serta terus meningkat apabila menjelang musim
    monsun yang akan bermula pada bulan April hingga Mei 2010.

  2. Apakah langkah-langkah jangka panjang yang sedang dipertimbangkan untuk memulihara dan memastikan pembekalan masa hadapan?

    Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama pihak Lembaga Urus Air Selangor
    (LUAS) sentiasa menyediakan pelan jangka panjang bagi memulihara sumber air
    mentah untuk memastikan bekalan air terawat sentiasa mencukupi pada masa
    akan datang. Sebagai contoh, pihak LUAS pewartaan kawasan tadahan air bagi
    memastikan ia sentiasa dipelihara dan dikawal dari segi pencerobohan dan
    gangguan. Dari segi pembekalan juga, Kerajaan Negeri Selangor bersamasama Kerajaan Persekutuan dan SYABAS sentiasa berbincang bagi memastikan
    bekalan air terawat sentiasa mencukupi sebagai contoh melalui projek
    pemindahan air mentah dari Pahang ke Selangor serta projek bekalan air
    alternatif melalui pembinaan loji baru di Sepang dan menaiktaraf sistem pam air
    mentah di Loji Rawatan Air Sungai Selangor fasa 1.

    Selain itu juga, Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama pihak Lembaga Urus
    Air Selangor (LUAS) juga menyediakan pelan jangka panjang seperti berikut :
    i) Menyediakan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai untuk Sungai Klang
    dan Sungai Langat bagi memastikan perancangan dan pembangunan
    secara holistik dan mampan dapat dilaksanakan selari dengan
    kepentingan sumber air dan alam sekitar amnya.
    ii) Penyediaan ‘State of the river Report’ untuk Sungai Selangor, Sungai
    Langat dan Sungai Klang yang akan diterbitkan setiap dwitahunan sejak
    tahun 2006. Ia mengandungi maklumat dan data-data terkini mengenai
    lembangan sungai terutamanya dari aspek pengurusan kuantiti dan
    kualitinya. Ia juga melibatkan program/tindakan pemantauan dan
    penguatkuasaan secara bersepadu yang dijalankan bagi pengawalan
    pencemaran sungai di samping memberi maklumat kepada orang awam
    akan status sungai di Selangor.
    iii) Menganjurkan aktiviti kesedaran awam dengan melibatkan komuniti
    setempat dan pihak berkepentingan bagi memberi pendedahan akan
    kepentingan pemeliharaan sumber air dan alam sekitar di samping
    menjamin bekalan air serta mengekalkan kualiti hidup masyarakat
    sejahtera. Antara aktiviti yang telah dan akan dijalankan oleh LUAS ialah
    seperti :
    1) Program Pembersihan Pantai dan Kempen Tanam Pokok Bakau di
    Pantai Tanjung Harapan,
    2) Program Qua-Qua yang melibatkan komuniti dan pelajar sekolah
    dalam pemantauan kualiti air sungai yang telah dilancarkan pada 29
    Jun 2008,
    3) Program Sambutan Hari Air Sedunia,
    4) Program Pemeliharaan Sumber Air Melalui Program Kitar Semula
    Sisa Minyak Masak; dan
    5) Mengadakan ceramah-ceramah dan pameran-pameran dari
    semasa ke semasa.

  3. Sila senaraikan secara terperinci, piawaian keselamatan terkini bagi air dalam negeri?

    Pada ketika ini, piawaian untuk air mentah bagi loji-loji pembersihan air (LPA)
    iaitu Kualiti Air Mentah adalah ditetapkan oleh Jabatan Bekalan Air, Malaysia di
    bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KTTHA) Pensampelan
    untuk menganalisis kualiti air ini adalah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan
    Malaysia dengan kekerapan sekali pensampelan setiap bulan. Piawaian yang
    telah ditetapkan adalah seperti berikut :
    BIL PARAMETER UNIT STANDARD
    1. Total Coliform CFU / 100 ml 5000 / 100 ml
    2. Ph – 5.5 – 9.0
    3. Kekeruhan (Turbidity) NTU 1000
    4. Warna (Colour) TCU 300
    5. Keperluan Oksigen Kimia
    (COD)
    mg / L 10
    6. Mangan (Mn) mg / L 0.2
    7. Keperluan Oksigen Biokimia
    (BOD)
    mg / L 6
    8. Ammonia mg / L 1.5
    9. Ferum mg / L 1.0
    Selain itu, pihak-pihak tersebut juga telah meletakkan piawaian keselamatan air
    untuk tujuan bekalan air di mana air terawat perlulah mematuhi piawaian yang
    telah ditetapkan sebelum diedarkan dan disalurkan kepada pengguna. Piawaian
    yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
    BIL PARAMETER UNIT STANDARD
    1. E. Coli CFU / 100 ml Tidak hadir
    (Tiada E.Coli)
    2. Total Coliform Koloni / 100
    ml
    Tidak Dikesan
    3. FRC / CC mg / L > 1.5 / > 1.0
    4. pH – 6.5 – 9.0
    5. Warna (Colour) Hazen 15
    6. Kekeruhan (Turbidity) NTU 5
    7. Ammonia mg / L 1.5
    8. Besi (Iron) mg / L 0.3
    9. Florida mg / L 0.5 – 0.7
    10. Aluminium mg / L 0.2
    11. Mangan (Mn) mg / L 0.1
    12. Kadmium (Cadmium) mg / L 0.003
    13. Arsenik mg / L 0.01
    14. Lead mg / L 0.01
    15. Kromium(Chromium) mg / L 0.05
    16. Zink mg / L 0.03
    17. Radioaktif Bq / L 0.1

Lampiran

Tiada Lampiran.