Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
162) BEKALAN AIR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Selangor dijangka berhadapan dengan masalah bekalan air dan adakah empangan-empangan air di Selangor sudah cukup dilindungi dari aktiviti pencerobohan dan pencemaran?
- Berdasarkan kepada Kajian Sumber Air Negara, Negeri Selangor dijangka kan menghadapi masalah kekurangan bekalan pada tahun 2014. Berdasarkan kepada kajian ini, Kerajaan Negeri telah pun bersedia dengan pelan penyelesaian jangka panjang iaitu melalui Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor yang dijangka siap dan beroperasi pada tahun 2014. Selain daripada itu, projek bekalan air alternatif juga disediakan bagi memastikan bekalan air terawat dapat dibekalkan secara berterusan melalui pembinaan loji rawatan air baru di Sepang dan menaik taraf sistem pengepaman air mentah di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa
Manakala dari segi pelindungan terhadap empangan dan sumber air mentah, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk mewartakan sumber air alternatif dan kawasan tadahan air empangan sebagai zon perlindungan tertakluk dalam Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999.
- Berdasarkan kepada Kajian Sumber Air Negara, Negeri Selangor dijangka kan menghadapi masalah kekurangan bekalan pada tahun 2014. Berdasarkan kepada kajian ini, Kerajaan Negeri telah pun bersedia dengan pelan penyelesaian jangka panjang iaitu melalui Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor yang dijangka siap dan beroperasi pada tahun 2014. Selain daripada itu, projek bekalan air alternatif juga disediakan bagi memastikan bekalan air terawat dapat dibekalkan secara berterusan melalui pembinaan loji rawatan air baru di Sepang dan menaik taraf sistem pengepaman air mentah di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa
-
Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan untuk memelihara lembangan sungai yang membekalkan sumber air negeri?
- Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai rancangan jangka panjang bagi memastikan sumber bekalan air di negeri ini dipelihara. Antaranya adalah dengan melibatkan program/tindakan pemantauan dan penguatkuasaan secara bersepadu yang dijalankan bagi pengawalan pencemaran sungai di samping memberi maklumat kepada orang awam akan status sungai di
Dari segi perundangan pula, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk mewartakan sumber air alternatif dan kawasan tadahan air empangan sebagai zon perlindungan tertakluk dalam Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999.
Manakala dari segi penglibatan awam, Kerajaan Negeri melalui LUAS berterusan menganjurkan aktiviti kesedaran awam dengan melibatkan komuniti setempat dan pihak berkepentingan bagi memberi pendedahan akan kepentingan pemeliharaan sumber air dan alam sekitar di samping menjamin bekalan air serta mengekalkan kualiti hidup masyarakat sejahtera. Antara aktiviti yang telah dan akan dijalankan oleh LUAS ialah seperti :
- Program Pembersihan Pantai dan Kempen Tanam Pokok Bakau di Pantai Tanjung Harapan,
- Program Qua-Qua yang melibatkan komuniti dan pelajar sekolah dalam pemantauan kualiti air sungai yang telah dilancarkan pada 29 Jun 2008,
- Program Sambutan Hari Air Sedunia,
- Program Pemeliharaan Sumber Air Melalui Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak; dan
- Mengadakan ceramah-ceramah dan pameran-pameran dari semasa ke
-
Kawasan manakah di negeri Selangor yang paling kritikal dan mudah terjejas jika berlaku pengurangan simpanan air dan adakah kerajaan bercadang untuk menggunakan sumber air bawah tanah untuk menangani sebarang krisis air jangka panjang?