Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

102) BEG PLASTIK DI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Kerajaan Selangor akan mengharamkan sepenuhnya penggunaan bag plastik?

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri Selangor melalui Kempen #BebasPlastik mengenakan caj RM0.20 sen bagi setiap beg plastik. Kempen ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna tentang bahaya beg plastik terhadap alam sekitar dan kesihatan.

    Selaras dengan pelaksanaan Malaysia’s Roadmap Towards Zero Single-Use Plastics 2018-2030 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) pada 17 Oktober 2018, Kerajaan Negeri Selangor akan mengharamkan sepenuhnya penggunaan beg plastik menjelang tahun 2030. Pengharaman penggunaan beg plastik akan dilaksanakan secara berperingkat dengan kerjasama semua Pihak Berkuasa Tempatan.

  2. Adakah kerajaan akan mengenakan caj atas penggunaan "straw"?

    Kerajaan Negeri Selangor pada masa ini tidak bercadang untuk mengenakan caj ke atas penggunaan penyedut minuman (straw) plastik. Walaubagaimanapun, straw minuman plastik tidak diberikan secara default kepada pelanggan. Straw hanya akan diberikan sekiranya diminta oleh pelanggan.

Lampiran

Tiada Lampiran.