Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

202) BEBAS HALANGAN – OKU

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan berapakah PBT yang telah berjaya melaksanakan 100% Dasar Bebas Halangan terhadap OKU? Jika tiada, nyatakan sebab-sebab kegagalan?

    Maklum balas yang diterima dari semua PBT Negeri Selangor mendapati tiada PBT yang berjaya melaksanakan dasar ini 100%. Walau bagaimanapun kebanyakan PBT memulakan inisiatif untuk mensyaratkan sebarang pembangunan baru perlu menyediakan kemudahan OKU dan PBT akan memastikan Dasar Bebas Halangan OKU dilaksanakan dalam setiap pembangunan di PBT.

  2. Apakah Perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan perkara ini dapat dilaksanakan?

    Kerajaan Negeri akan memastikan perkara ini dapat dilaksanakan melalui pemantauan terhadap:

    • Pewujudan Jawatankuasa Teknikal Audit Akses OKU di setiap PBT
    • Perancangan Mengadakan bengkel dan merangka garis panduan Audit Akses OKU untuk berkolaborasi dengan lain-lain Kementerian, PBT dan Badan Berkanun
    • Garis panduan tersebut akan dijadikan sebagai sumber rujukan bagi merekabentuk, membina, menyelenggara dan menaiktaraf kemudahan OKU
  3. Berapakah jumlah kewangan yang telah diperuntukkan untuk tujuan di atas?

    Tiada Peruntukan Khas untuk perlaksanaan dasar ini namun PBT boleh menggunakan peruntukan kewangan sedia ada PBT (Contoh Local Agenda21) di samping dijadikan syarat pembangunan kepada pemaju dalam proses kebenaran merancang (sebagai sumbangan kepada komuniti dan tanggungjawab korporat pemaju).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.