Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
6) BAZAR TANI SEMENTARA MUSIM RAYA DI HADAPAN RHB BANK PEKAN MERU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah MPK meluluskan syarat lesen sementara atas bahu jalan utama?
Setiap permohonan lesen sementara dibahu jalan utama akan dikaji dari segi kesesuaian lokasi keselamatan dan dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa.
-
Siapakah pemohon atau MPK mengeluarkan kelulusan beberapa bilangan tapak niaga?
Permohonan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan jumlah bilangan tapak adalah mengikut kesesuaian lokasi walau bagaimanapun peniaga bazar tani di musim perayaan yang berhadapan RHB Bank, Pekan Meru pihak Majlis tidak mengeluarkan permit kerana lokasi tersebut tidak sesuai.
-
Bagaimanakah sewaan tapak ditawarkan kepada peniaga?
Setiap pemohon yang berkelayakan akan diluluskan permohonan seperti keputusan yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa.