Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

230) “BAZAAR DARUL EHSAN” DAN PUSAT KOMUNITI USAHAWAN DAERAH

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bolehkah YB Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi nyatakan adakah perancangan untuk Pusat Komuniti Usahawan Selangor yang dinamakan "Bazaar Darul Ehsan" dan Pusat Komuniti Usahawan Daerah yang baru akan disediakan di tempat yang bersepadu seperti Pusat Komuniti agar lokasinya lebih hampir dengan orang awam dan menjadi tumpuan perniagaan yang berdaya saing?

    Sebelum ini telah terdapat 3 Pusat Pengumpulan IKS yang telah dibina di daerah Gombak, Sepang dan Kuala Langat. Daripada 3 Pusat Pengumpulan IKS tersebut, Pusat Pengumpulan IKS Daerah Gombak telah beroperasi manakala Pusat Pengumpulan IKS Daerah Sepang sedang di dalam tindakan penyediaan kos anggaran membaik pulih oleh Pejabat Daerah Sepang dan bagi Pusat Pengumpulan IKS Daerah Kuala Langat pula, proses pemilihan dan penilaian operator sedang dilaksanakan bersama Pejabat Daerah Kuala Langat.

     

    Untuk mengelakkan pembaziran wang Kerajaan Negeri serta untuk memelihara bangunan-bangunan kerajaan sedia ada, Bazar Darul Ehsan yang baru tidak akan dibina bagi 3 daerah tersebut. Sebaliknya, Pusat Pengumpulan IKS yang telah sedia ada akan dibuat penambahbaikan, penyusunan semula dan penjenamaan semula kepada Bazar Darul Ehsan.

     

    Bagi 6 daerah yang masih belum mempunyai Bazar Darul Ehsan, pemilihan lokasi Bazar Darul Ehsan akan dibuat dan dinilai bersama-sama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah bagi memastikan lokasi-lokasinya merupakan lokasi yang mampu menjadi tumpuan perniagaan yang berdaya saing dan lebih hampir dengan orang awam.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.