Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
162) BAZAAR DARUL EHSAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini bazaar Darul Ehsan Kanchong Darat dikawasan DUN Morib?
Pertanyaan (a) dan (b) akan dijawab bersekali.
Untuk makluman Yang Berhormat Morib, Kerajaan Negeri sedang dalam proses untuk membangunkan Bazar Darul Ehsan (BDE) dengan cadangan untuk dijadikan sebagai Pusat Pengumpulan Produk Luar Bandar.
Berdasarkan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor ke 29/2023 yang diadakan pada 8 November 2023 dan disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 30/2023 pada 6 Disember 2023, Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan pelupusan secara Lesen Pendudukan Sementara (LPS) daripada Koperasi Warga Hijrah Selangor (KOHIJRAH) bagi tanah BDE untuk tujuan kegunaan awam.
Kerajaan Negeri juga telah meluluskan perizaban di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 bagi tanah Bazar Darul Ehsan bagi kegunaan awam (Hentian Morib) dengan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai Pegawai Pengawal dan diselenggara oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat. Dalam hal ini, satu mesyuarat penyelarasan bagi meneliti semula cadangan pembangunan tapak ini untuk perancangan jangka panjang termasuk cadangan pajakan akan dilaksanakan bersama agensi-agensi terlibat dalam masa terdekat.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri berkaitan dengan bazaar Darul Ehsan ini yang semakin uzur dan tidak diselenggara sejak dari siap dibina pada tahun 2012 sehingga kini dan tidak pernah digunakan?