Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

101) BAZAAR DARUL EHSAN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan untuk baik pulih dan kegunaan Bazar Darul Ehsan?

    Untuk makluman Cabutan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 3 November 2021 kertas EXCO-MTES no.3/24/2021 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 38/2021 pada 10 November 2021 telah meluluskan cadangan Membangunkan Bazar Darul Ehsan Mukim Morib Daerah Kuala Langat dan Pajakan Pengoperasian kepada Koperasi Hirah Selangor (KOHIJRAH).

  2. Keadaan semakin uzur Dan sekiranya tidak di uruskan segera, lebih banyak vandalisme akan berlaku.

    Perancangan berkaitan Bazar Darul Ehsan ini adalah di bawah seliaan Seksyen Sektoral, UPEN dan KOHIJRAH seperti kelulusan. Pejabat ini telah membuat pengukuran dan mendapati tapak Bazar Darul Ehsan ini terletak di sebahagian Lot 18, Pekan Kanchong Darat dengan keluasan 4380 meter persegi atau 1.0824 ekar dengan status sebagai tanah kerajaan. Terdapat beberapa bangunan awam yang dibina di sekitar kawasan ini seperti Balai Penghulu kawasan Morib dan Kelanang, Sekolah Menengah Agama Unwanus Saadah dan Pusat Jalur Lebar TM

Lampiran

Tiada Lampiran.