Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
199) BAYARAN TERTUNGGAK KEPADA KONTRAKTOR KECIL ALAM FLORA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Masalah kutipan sampah dan pembersihan kawasan Majlis Daerah Kuala Selangor diselia oleh Alam Flora Sdn Bhd : Banyak rungutan telah diterima daripada penduduk. Siasatan kami menunjukkan bahawa 32 orang kontraktor yang terlibat di kawasan ini tidak menerima bayaran mereka selama 9 bulan. Kerana kekurangan modal pusingan,kerja -kerja kontraktor ini sudah sampai kepada tahap beku, akibat kelewatan pembayaran. Tunggakan ini sekarang berjumlah lebih kurang 9 million ringgit. Perjanjian di antara Alam Flora dengan pihak kontraktor-kontraktor adalah "back-to-back basis " bermaksud sekiranya dapat pembayaran daripada MDKS kepada Alam Flora,barulah pihak kontraktor kutipan sampah mendapat bayaran. Ini dengan jelas menunjukkan perjanjian ini menyebelahi satu pihak sahaja. Aliran tunai MDKS adalah terhad: hasil pendapatan cukai adalah lebih kurang 10 juta ringgit setahun. Sukarlah untuk MDKS menyelesaikan masalah ini. Apakah cadangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah ini ?
Pada dasarnya pihak Majlis akan membuat bayaran kepada Alam Flora S/B dari masa ke semasa bergantung pada kedudukan kewangan.
Pihak Majlis telah berbincang dengan Alam Flora S/B mengenai penstrukturan semula jadula kerja dan kewangan terlibat untuk mengkaji semula jumlah kos yang terlibat bagi menanggung beban hutang pada setiap tahun.
Pihak Majlis juga ada memohon bantuan kepada Kerajaan Negeri dan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan bagi menampung hutang.