Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

93) BAYARAN PREMIUM UNTUK MELANJUTKAN PAJAKAN TANAH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Siapakah yang telah memformulasikan dan melaksanakan formula terkini untuk mengira kadar bagi bayaran premium untuk melanjutkan pajakan tanah dan sejak bila formula ini telah digunakan?

  2. Apakah jawapan pihak kerajaan negeri terhadap perbahasan pihak awam bahawa kadar bagi premium patut diselaraskan pada kadar yang berpatutan, sebagai contoh, RM2.50 untuk satu meter persegi?

  3. Apakah jawapan pihak kerajaan negeri terhadap perbahasan pihak awam bahawa tanah Petaling sepatutnya adalah tanah pertanian dan pemilikan persendirian oleh Petaling Berhad dan seharusnya dijadikan tanah pegangan kekal (freehold)?

Lampiran

Tiada Lampiran.