Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
154) BAYARAN PREMIUM GERAN TANAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bayaran premium geran tanah?
Bayaran premium Geran tanah sehingga 31 Disember 2023 adalah seperti di Lampiran
-
Adakah Kerajaan Negeri sedar bahawa harga premium ini dianggap terlalu mahal bagi kebanyakan rakyat Negeri Selangor?
Nilaian premium tanah adalah ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) mengikut nilaian terkini harga pasaran semasa. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Pekeliling Tanah dan Galian Selangor Bil 6/2011 dan 3/2020 memberi inisiatif kaedah pembayaran premium bagi meringankan beban rakyat Negeri Selangor bagi tujuan kediaman untuk individu.
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk meringankan beban rakyat Negeri Selangor ini?
Merujuk kepada Pekeliling PTGS Bil 6/2011, terdapat 2 kaedah pembayaran bagi kategori syarat nyata kediaman :
- Bayaran secara sekaligus dalam tempoh masa yang diberikan dengan diberikan diskaun sebanyak 30% daripada premium yang dikenakan ; atau
- Bayaran premium nominal sebanyak RM1,000.00 bagi setiap hakmilik dan bayaran khas tanah pada kadar formula apabila tanah tersebut hendak dipindahmilik dengan dikenakan kaveat pendaftar.