Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15) BAYARAN PINJAMAN PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN. BHD.

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dengan merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober 2023, apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mendapatkan semula bayaran pinjaman daripada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. berjumlah RM248.7 juta?

    Untuk makluman, jumlah keseluruhan pinjaman Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (PASSB) dengan Kerajaan Negeri bagi tujuan pelaksanaan Projek Penggantian Paip Air Lama di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah sebanyak RM248.7 juta. Pinjaman ini tidak dikenakan sebarang faedah atas pinjaman.

    Selaras dengan terma dan syarat yang dipersetujui sebelum ini, pinjaman ini dijadualkan untuk dibayar balik secara ansuran selama 20 tahun yang hanya dimulakan selepas tempoh 10 tahun daripada tarikh permulaan pengeluaran pertama pembiayaan. Jadual bayaran balik dijangka bermula pada 11 Oktober 2027 sehingga 11 Oktober 2046.

    Kerajaan Negeri komited untuk mengutip semula baki pinjaman yang terhutang oleh PASSB dengan Kerajaan Negeri bermula pada tahun 2031 akan datang dengan amaun ansuran yang pertama berjumlah RM7.175 (tahun 2031) dan tahun-tahun seterusnya berjumlah RM12.435 juta setahun (tahun 2032 sehingga 2046).

Lampiran

Tiada Lampiran.