Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

213) BAYARAN PENCEN ADN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah yang di belanjakan setiap tahun untuk bayaran pencen mantan ADN.

    Peruntukan tahunan untuk membiayai bayaran pencen dan pencen terbitan adalah sebanyak RM 9,885,658.56 yang melibatkan 159 orang penerima pencen dan 85 orang penerima pencen

  2. Nyatakan perancangan kerajaan sama-kan pembayaran pencen kepada semua mantan ADN mengikut kenaikan elaun ADN semasa demi amalan keadilan dan kesamarataan.

    Kertas Ringkasan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah disediakan oleh Pejabat Dewan Negeri berhubung Cadangan Penyelarasan Pencen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri selaras dengan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan ) 1980. Cadangan ini sedang dalam penelitian dan semakan pihak Pegawai Kewangan Negeri dan pihak Kamar Penasihat Undang-Undang

Lampiran

Tiada Lampiran.