Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
107) BAYARAN LETAK KERETA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bolehkah Kerajaan Negeri Selangor menangguhkan atau memansuhkan sekali bayaran letak kereta di pekan Ijok and Pekan Seri Berjuntai yang telah membebankan masyarakat miskin luar bandar?
Pelaksanaan Tempat Letak Kereta Berbayar Fasa 1 di Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Bil. 2/2019 pada 27 Februari 2019 yang melibatkan sebanyak 6,090 petak. Kawasan yang terlibat untuk Fasa 1 adalah di kawasan Kuala Selangor, Tanjong Karang, Bestari Jaya, Puncak Alam dan Saujana Utama.
Manakala pelaksanaan Tempat Letak Kereta Berbayar Fasa ke 2 pula telah diluluskan pada Mesyuarat Majlis Bil. 11/2021 pada 24 Oktober 2021 yang melibatkan 2,655 petak. Kawasan yang terlibat untuk Fasa 2 adalah di Kuala Selangor, Pasir Penambang, Ijok,Sungai Buloh dan Eco Granduer Puncak Alam.
Tempat Letak Kereta Berbayar di kawasan Pekan Ijok dan Bestari Jaya hanya melibatkan sejumlah 1,265 petak sahaja berbanding 8,745 jumlah petak keseluruhan petak yang telah diwartakan di kawasan pentadbiran Majlis perbandaran Kuala Selangor. Kawasan yang terlibat untuk kenaan caj parkir hanyalah di kawasan komersial dan tumpuan sahaja.
Tujuan dilaksanakan adalah untuk mendidik masyarakat agar mematuhi undang-undang mengikut keperluan sesebuah perbandaran, mendidik pengguna supaya meletak kereta di petak yang disediakan, mengurangkan isu monopoli parkir oleh orang awam dan peniaga. Memastikan orang awam meletakkan kenderaan secara tersusun seterusnya dapat menjadikan persekitaran Bandar Kuala Selangor yang terancang.