Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
53) BAYARAN GRADUITI KEPADA KAKITANGAN MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI) YANG MENAMATKAN TEMPOH PERKHIDMATAN SEMASA MENTERI BESAR TERDAHULU
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa jumlah keseluruhan bayaran tersebut
Jumlah keseluruhan bayaran tersebut melibatkan implikasi kewangan syarikat sebanyak RM2.3 juta.
-
Sila senaraikan nama-nama penerima dan jumlah bayaran yang telah diberikan
Jumlah keseluruhan bayaran tersebut melibatkan implikasi kewangan syarikat sebanyak RM2.3 juta yang melibatkan seramai lapan (8) orang terdiri daripada Pegawai Pengurusan Utama, Pegawai Kanan dan Pegawai dibawah lantikan MBI seperti berikut :-
- Cik Faekah Binti Haji Hussin
- Puan Rohany Binti Dato’ Talib
- Puan Arfa’eza Binti Ab. Aziz
- Puan Rahimah Binti Kamaruddin
- Tuan Dr. Sulaiman Bin Masri
- Tuan Haji Mustapha Bin Mohd Talib
- Encik Abdul Halim Bin Mohamed Yusof
Tuan Nazuri Bin Tuan Ismail
-
Apakah formula yang digunakan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk membuat bayaran tersebut.
Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah MBI pada 25hb Ogos 2014, mantan Pengerusi MBI telah bersetuju agar penghargaan dan / atau pampasan yang dibuat bolehlah berpandukan keputusan MMKN pada 3hb September 2014 berkenaan ganjaran para pegawai ahli MMKN yang telah ditamatkan perkhidmatan mereka. Dalam keputusan, ganjaran yang diberikan adalah berdasarkan pengiraan pada kadar 17.5% daripada satu bulan gaji untuk sepanjang tempoh perkhidmatan yang telah diberikan.
Pihak pengurusan MBI berpendapat kadar yang berlainan lebih sesuai digunakan kerana kesemua pegawai yang terlibat adalah tangga eksekutif dan ke atas dan mencadangkan agar pengiraan dibuat atas kadar pada 30% sebulan untuk sepanjang tempoh perkhidmatan yang telah dijalankan atau sekurang- kurangnya 3 bulan gaji. Kertas Ringkasan berkaitan Penghargaan Perkhidmatan Kepada Lantikan Politik / Kontrak Pegawai Dato’ Menteri Besar dan Pengerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) ini juga telah dikemukakan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri No. 34 / 37 / 2014 sebagai makluman oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang disediakan oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif MBI. Melalui keputusan dasar Mesyuarat Lembaga Pengarah MBI tersebut juga bersetuju agar pihak pengurusan mengemukakan beberapa opsyen lain bagi nilai dan perkiraan penghargaan dan / atau pampasan tersebut dalam masa terdekat untuk dilaksanakan.