Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
209) BAYARAN CUKAI TANAH BERGANDA DALAM SATU GERAN RUMAH
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat banyak pembayar cukai tanah di taman perumahan di Meru mengalami masalah cukai tanah berganda untuk rumah yang sama, apakah langkah pejabat tanah mengatasi hal ini?
Masalah tersebut berpunca daripada satu unit kediaman mempunyai 2 hak milik
berasingan menyebabkan tuan tanah perlu membayar 2 bil cukai tanah. Ia berlaku
kerana pemaju telah menjual unit kediaman tersebut tanpa dicantum 2 hak milik terlibih
dahulu. Masalah ini dapat diatasi melalui permohonan oleh tuan tanah untuk cantuman.
Setelah cantuman dibuat, hanya satu hak milik akan dikeluarkan dan hanya satu bil
cukai tanah akan dikenakan mengikut keluasan atau caj minimum RM50.00.