Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
20) BAYARAN CAJ ABSTRAKSI AIR BAGI KEGUNAAN AKUAKULTUR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah keputusan Kerajaan Negeri mengenai kenaikan harga bayaran untuk sangkar sebanyak RM2.00/M2 kepada penternak-penternak ikan di Negeri Selangor?
Maklumbalas oleh Lembaga Urus Air Selangor berkenaan Skim Pelesenan dan Caj Abstraksi Sumber Air di bawah Enakmen LUAS 1999.
Pada masa ini, LUAS tidak mengenakan caj abstraksi sumber air berdasarkan saiz sangkar ikan. Sehingga kini tiada rekod penternak sangkar ikan berlesen dengan LUAS.
Untuk makluman, kadar caj abstraksi sumber air masih tetap sama seperti awal pelaksanaannya iaitu pada tahun 2005. Kadar caj ini adalah sama untuk semua aktiviti termasuk aktiviti akuakultur. Kadar caj yang dikenakan adalah seperti berikut :
- RM 0.01/m3 – utiliti awam
- RM 0.05/m3 – komersial
Kadar caj ditentukan berdasarkan jumlah abstraksi setiap tahun bagi setiap telaga/muka sauk.
-
Adakah Kerajaan Negeri setuju dengan kenaikan caj tersebut menjadi salah satu punca kenaikan harga hasil ternakan?
Sama seperti di SUB(a)