Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

16) BAYARAN BALIK SUMBANGAN KEWANGAN BANJIR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan bayar balik kewangan yang telah di dahulukan oleh penghulu2 dan MPKK semasa mengurus bencana banjir yang lalu?

    Untuk makluman Yang Berhormat, urusan penyerahan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) diurus dan disalurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di bawah penyelarasan Pegawai Daerah menggunakan dana Kerajaan Negeri kepada mangsa terkesan banjir. Kerajaan Negeri perlu menyemak dan memperhalusi pendahuluan wang tunai oleh Penghulu/MPKK memandangkan ia menyukarkan semakan pengesahan penerima bantuan wang tunai selain daripada yang disalurkan melalui PDT.

    Walau bagaimanapun, sebarang tuntutan boleh dikemukakan kepada PDT melalui tatacara kewangan yang berkuatkuasa dengan menggunakan peruntukan sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.