Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

205) BAU BUSUK YANG BERLARUTAN DARI PENAMBAKAN TANAH DI TANAH PERKUBURAN ISLAM BAHARU PAYA JARAS

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berdasarkan aduan pada 18 Mei 2024, apakah tindakan semasa yang dilakukan bagi mengatasi bau busuk yang berlarutan?

    Berdasarkan aduan pada 18 Mei 2024, beberapa tindakan semasa telah   dilakukan oleh Unit Pembangunan, JAIS:

     

    • Satu lawatan tapak telah dilakukan pada 25 Jun 2024 bagi mengenalpasti punca bau busuk seperti yang diadukan.
    • Hasil tinjauan mendapati terdapat mata air dari dalam Tanah Perkuburan Islam Paya Jaras dan air yang mengalir ke tanah pemilik tersebut berwarna hitam.
    • Ketika tinjauan dibuat, kerja-kerja tanah masih dijalankan oleh kontraktor yang diberi kebenaran.
    • JAIS telah memberi kebenaran kepada syarikat QR Resources untuk tujuan meratakan tanah kubur secara CSR dengan cara menimbun tanah dan meratakan tapak/ tanah kubur berkenaan.
    • Hasil siasatan dan lawatan tapak baru-baru ini mendapati kerja-kerja meratakan tapak kubur JAIS telah selesai dilakukan.
    • Buat masa ini, pihak syarikat sedang meratakan tanah/ tapak milik individu yang berada bersebelahan dengan tapak JAIS.
  2. Apakah langkah pencegahan bagi memastikan perkara ini tidak berulang?

    Bagi memastikan perkara ini tidak berulang lagi, pihak JAIS telah   mengeluarkan surat pemberhentian sementara kerja-kerja tanah tersebut kepada kontraktor dan akan memohon kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS)    untuk membuat siasatan lanjut berkaitan aduan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.