Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
169) BAU BUSUK DI KAWASAN KUBUR BAHARU PAYA JARAS DAN SEKITARNYA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah faktor yang menyebabkan kejadian ini berulang kembali?
Hasil pemantauan daripada pihak MBSA didapati bau busuk berkenaan berpunca daripada sisa sampah yang dilonggokkan sekian lama, namun keadaan sekarang telah dibersihkan atau sisa sampah berkenaan telah ditambak bagi kerja – kerja tapak pembinaan baru.
-
Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mengatasi masalah ini?
Pihak MBSA akan melakukan pemantauan dari masa ke semasa sekiranya terdapat longgokkan sampah baru di kawasan berkenaan, tindakan akan di ambil kepada pemilik tanah.
-
Berapakah jumlah kompaun yang telah dikenakan kepada pihak yang terlibat dalam perkara ini pada tahun 2024?
Tindakan pengeluaran kompaun dan arahan pembersihan kepada Syarikat QR Resorces.