Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
148) BATU CAVES SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sambutan Hari Thaipusam pada tahun ini menyaksikan kemerosotan kedatangan pengunjung ke Kuil Batu Caves dan telah menjejaskan pendapatan peniaga di kawasan sekitar. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk memastikan keadaan ini tidak berulang pada tahun hadapan?
Langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan keadaan ini tidak berulang lagi pada tahun hadapan adalah dengan pelbagai cara iaitu seperti :
i. Mempelbagaikan aktiviti-aktiviti di kawasan tersebut seperti program/acara khas yang telah menjadi kebiasaan setiap tahun iaitu
Festival Pongal dan Batu Caves Tanggathon selain daripada sambutan
Thaipusam. Dengan adanya program/acara khas ini ia bukan saja akan
menarik dan menambah kedatangan pengunjung dan pelancong bahkan
ia sekali gus akan meningkatkanpendapatanpeniaga di kawasansekitar.ii. Menyediakan kemudahan infrastruktur dan prasarana yang lebih baik,
sempurna dan berkualiti untuk kepuasan para pengunjung dan pelancong.iii. Mempromosikan tempat dan aktiviti yang dijalankan di Batu Caves
kepada para pelancong dengan lebih kerap lagi agar kawasan ini akan
sentiasa dikunjungi oleh para pelancong.