Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

48) BATIK SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini dan perancangan seterusnya untuk "Batik Selangor"? Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh membantu usahawan batik di Selangor?

    Jawapan ini dijawab bersekali dengan No 91 daripada YB Tuan Chua Wei Kiat.

    Jawapan a & b dijawab bersekali.

    YB Tuan Speaker, izinkan saya untuk menjawab keempat-empat soalan ini bersama-sama kerana ianya saling berkaitan antara satu sama lain. Dalam usaha untuk memajukan industri Batik Malaysia khususnya di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui agensi yang bertanggungjawab iaitu Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) telah mereka cipta dan melahirkan Batik Selangor bermotifkan “Bunga Tanjung” dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor.  Penyediaan reka bentuk dan motif batik ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor dan Karyaneka Malaysia.

    Batik Selangor telah dilancarkan pada 1 Disember 2022 oleh Dato Sri Menteri Besar Selangor.

    Bagi tujuan pengiktirafan, rekaan yang telah dibangunkan ini akan dijadikan sebagai identiti atau motif batik negeri Selangor. Langkah selanjutnya PADAT masih dalam proses pewartaan dan mengisytiharkan sebagai “Batik Selangor” motif bunga tanjung. PADAT juga telah menyediakan dan mengedarkan kain batik Selangor motif bunga tanjung kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN .

    Selain itu, PADAT juga dalam tindakan menyediakan garis panduan bagi perolehan dan pemakaian batik Selangor motif bunga tanjung untuk penjawat awam di Selangor.

    Sebagai usaha mempertingkatkan ekonomi dan pewujudan peluang pekerjaan di Selangor, PADAT menyokong cadangan bagi menjadikan Selangor salah satu hab untuk mempromosikan Batik Selangor, namun satu kerjasama bersepadu diperlukan antara agensi-agensi yang berkaitan bagi memastikan cadangan ini dapat dilaksanakan secara teratur, berkesan dan memberikan impak tinggi terhadap industri pelancongan dan tekstil di Selangor.

    Bagi tindakan ini PADAT, UPEN dan Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor akan menyediakan latihan bagi melahirkan kemahiran membatik secara tradisional iaitu cara blok dan canting halus.

    Untuk Daerah Rawang, Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor yang bertempat di Rawang telah menjadi pusat inkubator menghasilkan batik blok untuk penyediaan batik Selangor motif bunga tanjung.

    Selain dari Rawang daerah-daerah lain juga telah mula menjalankan program membatik bersama pihak Kraftangan Cawangan Selangor seperti di Sabak Bernam yang telah dimulakan program melahirkan usahawan untuk membatik dan hasil dari program ini telah berjaya menyediakan pelbagai hasil kraf  batik dan akan dijual pada minggu Kraf Malaysia bermula pada 1 Mac hingga 13 Mac 2023.

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan industri batik diceburi anak muda, serta proses penghasilan batik menjadi lebih lestari alam?

Lampiran

Tiada Lampiran.