Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

175) BASMI KEMISKINAN MELALUI ZAKAT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah umat Islam yang dikategorikan miskin di negeri Selangor ini berbanding negeri-negeri lain dan mengapakah agihan zakat masih tidak mampu membasmi kemiskinan di negeri ini?

    Jumlah fakir miskin pada tahun 2006 ialah seramai 9,883 orang dan pada tahun 2007 ialah seramai 9,452 orang. Tugas untuk membasmi kemiskinan bukanlah terletak di bahu LZS sahaja malahan tanggungjawab ini turut dipikul oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Dalam menangani kemiskinan LZS menekankan kepada empat mekanisme dalam agihannya iaitu Pembangunan Sosial, Ekonomi, Pendidikan dan Insan. Keseimbangansetiap aspek ditekankan untuk mendidik mereka berdikari.

  2. Mengapakah masih terdapat laporan fakir miskin yang tidak menerima bantuan zakat di negeri ini dan apakah mekanisme sokongan ADUN atau JKKK masih diguna pakai?

    LZS telah menggunakan mekanisme pemilihan fakir miskin melalui pelbagai kaedah antaranya melalui bantuan penolong amil masjid kariah untuk membuat bancian penduduk di kawasan mereka (hampir 2,500 orang penolong amil di seluruh Selangor), mendapatkan maklumat dari pihak sekolah, mendapatkan maklumat daripada NGO, orang perseorangan, wartawan dan sebagainya. Selain itu LZS turut membuka talian khidmat pelanggan yang membolehkan orang ramai menghubungi talian 03-5522 7777 untuk melaporkan sebarang penemuan keluarga miskin. Mekanisme bagi mendapatkan maklumat mereka yang memerlukan sentiasa ditingkatkan dari tahun ke tahun melalui kajian yang dilaksanakan.

    Mekanisma sokongan ADUN atau JKK hanya untuk sokongan permohonan. Sokongan mereka ini bukanlah penentu bagi pemilihan fakir miskin di Selangor. Bagi memastikan pemilihan fakir miskin tepat, LZS menggunakan kaedah kiraan haddul kifayah bagi pemilihan fakir miskin.(yang telah diluluskan oleh Fatwa Negeri Selangor).

  3. Apakah bentuk-bentuk perbelanjaan wang zakat yang telah digunakan untuk selain kepada asnaf dan apakah usaha yang akan dilaksanakan bagi memperbaiki sistem pengagihan yang lebih cekap, telus dan adil?

    Agihan zakat yang dilaksanakan di Selangor hanyalah untuk lapan asnaf yang wajib yang telah dinyatakan di dalam al-Ouran iaitu asnaf fakir, miskin, amil, muallaf, fisabilillah, riqab, gharim dan ibni sabil. LZS tidak mengagihkan zakat kepada mereka yang bukan asnaf zakat.

    Bagi memastikan agihan yang dilaksanakan lebih cekap, telus dan adil, LZS telah berusaha memastikan jenis bantuan yang disalurkan dibuat kajian keberkesanannya setiap tahun. Selain itu, pembaikan bantuan juga dapat dilaksanakan menerusi penemuan audit dalaman, audit luar, audit MAIS, ISO dan audit negara.

    Selain itu, setiap bantuan agihan Zakat yang akan diberikan mempunyai peringkat kelulusan pelbagai pihak bagi memastikan ianya telus.
    LZS sentiasa membuat penambahbaikan agihan zakat dari masa ke semasa terutamanya melalui proses reengineeringdan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.