Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
70) BAS UNTUK PBT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini bas orang awam yang telah dijanjikan untuk diberikan kepada MPSJ sejak tahun lepas?
MPSJ dimaklumkan daripada Pejabat Exco Tuan Y.B Ronnie bahawa pemberian bas secara percuma masih lagi dalam penelitian. MPSJ telah pun menyediakan route perjalanan dan juga tempat-tempat perhentian bas bagi digunakan oleh bas komuniti yang akan mengangkut orang kurang upaya, warga emas dan juga orang tidak bernasib baik.
Walau bagaimanapun kenderaan terbabit belum diperoleh dari Kerajaan Negeri seperti keputusan telah dibuat dalam Mesyuarat Tetap Kerajaan Tempatan.
-
Apakah punca kelewatan ini? Sila nyatakan butir-butir
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan sedang meneliti beberapa cadangan daripada pihak pembekal bagi memastikan spesifikasi yang disediakan untuk digunakan oleh bas komuniti ini sesuai untuk membawa masyarakat yang dimaksudkan.