Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

142) BAS SMARTSELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan bagi perkhidmatan bas SmartSelangor di kawasan pendalaman terutamanya di kawasan padat penduduk seperti Taman Bunga Raya?

    Perkhidmatan Bas Smart Selangor bagi kawasan Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung telah mula diberikan perkhidmatan secara sementara pada 10 Julai 2021 yang lalu dengan sebuah bas. Ianya disediakan susulan daripada pembukaan Pusat Pemberian Vaksin Kelab Golf Bukit Beruntung pada 12 Julai 2021 di mana Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah diminta untuk menyusun dan meminda laluan bas sedia ada dengan kebenaran pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tanpa melibatkan sebarang implikasi kos bagi kemudahan orang awam ke pusat pemberian vaksin.

    MPHS telah menyediakan laluan bas tersebut bermula dari Terminal Bas dan Teksi Bukit Sentosa menuju ke Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung dan seterusnya kembali ke Terminal Bas dan Teksi Bukit Sentosa. Inisiatif ini adalah hasil daripada tindakan proaktif MPHS untuk memberikan perkhidmatan bas di kawasan tersebut yang terkesan apabila pihak pengendali sedia ada di Rawang iaitu Setara Jaya Sdn. Bhd. (SJ Bus)  memberhentikan operasi bas.

    Laluan bas yang akan dikenali sebagai laluan HS04 telah dibentangkan oleh MPHS di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Awam Negeri Selangor Bil.2/2021 pada 1 Oktober 2021. Pihak APAD juga tiada halangan untuk membenarkan perkhidmatan Bas Smart Selangor oleh MPHS di laluan tersebut sementara isu pemberhentian operasi oleh pihak SJ Bus dapat diselesaikan. MPHS dijangka akan melaksanakan proses tender bagi pengoperasian HS04 secara kekal pada tahun hadapan (2022).

Lampiran

Tiada Lampiran.