Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
177) BAS SMART SELANGOR (BSS)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah terkini BSS mengikut PBT.
Sejak perkhidmatan bas ini mula beroperasi pada 1 Julai 2015 sehingga 30 September 2016 di sebelas (11) kawasan pentadbiran PBT, 34 buah Bas Smart Selangor telah beroperasi dan jumlah penumpang yang dicatatkan adalah sebanyak 3,153,009 orang. Pecahan bas mengikut PBT adalah seperti di Jadual 1:
Jadual 1: Jumlah Bas Mengikut Pihak Berkuasa Tempatan
PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) JUMLAH BAS BEROPERASI 1 Majlis Bandaraya Shah Alam 4 2 Majlis Perbandaran Subang Jaya 4 3 Majlis Perbandaran Klang 4 4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 4 5 Majlis Perbandaran Kajang 4 6 Majlis Perbandaran Selayang 4 7 Majlis Perbandaran Sepang 2 8 Majlis Daerah Kuala Langat 2 9 Majlis Daerah Sabak Bernam 2 10 Majlis Daerah Kuala Selangor 2 11 Majlis Daerah Hulu Selangor 2 Jumlah Keseluruhan 34 -
Nyatakan jumlah pengguna BSS pada tahun 2016
Sama seperti di SUB(a)