Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
150) BAS SMART SELANGOR (BSS)
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah terkini BSS mengikut PBT
Perkhidmatan Bas Smart Selangor kini mempunyai 42 laluan dan 125 buah bas di sebelas kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor, tidak termasuk perkhidmatan PJCity Bus oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Butiran jumlah laluan dan Bas Smart Selangor mengikut PBT adalah seperti berikut:
-
Nyatakan jumlah pengguna BSS dari 2016-2018
Pengguna perkhidmatan Bas Smart Selangor adalah sebanyak 27,456,999 dan pecahan jumlah penumpang mengikut tahun adalah seperti berikut:
-
Nyatakan kos perbelanjaan pelaksanaan BSS dari 2016-2018.
Kos bagi penyediaan Bas Smart Selangor yang bermula pada 1 Julai 2015 hingga kini adalah menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berdasarkan konsep perkongsian kos dan 1 plus 1 yang disyaratkan khususnya kepada PBT yang mempunyai kemampuan kewangan supaya lebih banyak laluan baru diperkenalkan dan memenuhi keperluan serta kemudahan rakyat di Negeri Selangor.
Untuk makluman Yang Berhormat, perbelanjaan keseluruhan Bas Smart Selangor bagi tempoh tiga tahun pelaksanaan adalah sebanyak RM59,590,416.64 iaitu: