Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
2) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan perkhidmatan Bas Smart Selangor mengikut laluan yang telah disediakan di bawah kawasan MBPJ & MPS di mana berkhidmat di sekitar kawasan DUN Bukit Lanjan.
Perkhidmatan Bas Smart Selangor di DUN Bukit Lanjan adalah melibatkan laluan (PJ06) di Bandar Utama – Damansara Perdana – Bandar Sri Damansara – Damansara Damai.
-
Senaraikan rekod penumpang mengikut bulan bermula tahun 2023 hingga bulan Mei 2024.
Rekod penumpang Bas Smart Selangor bagi tahun 2023 dan 2024 adalah seperti di Lampiran 1.
Lampiran 1
BULAN TAHUN 2023 TAHUN 2024 JUMLAH PENUMPANG JANUARI 664,419 678,848 FEBRUARI 563,087 559,623 MAC 667,896 647,000 APRIL 552,018 602,680 MEI 690,471 699,790 JUN 651,248 JULAI 700,925 OGOS 696,283 SEPTEMBER 698,747 OKTOBER 588,665 NOVEMBER 719,580 DISEMBER 518,488 JUMLAH 7,711,827 3,187,941 -
Bagaimana tahap kepuasan pengguna diukur dan dinilai dalam perkhidmatan Bas Smart Selangor dan apakan tindakan dari Kerajaan Negeri?
Pada tahun 2023 Kerajaan Negeri telah melaksanakan Kaji Selidik Penilaian (Tracking Study) untuk penambahbaikan prestasi PBT Negeri Selangor bagi melihat perubahan arah aliran (trend) yang berlaku berkenaan dengan prestasi dan tahap kepuasan umum terhadap perkhidmatan PBT Negeri Selangor termasuk aspek pengangkutan. Secara umumnya prestasi PBT ditahap yang memuaskan.
Pada masa ini Kerajaan Negeri sedang dalam fasa perancangan untuk melaksanakan kajian bagi membangunkan Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor dan kajian ke atas perkhidmatan Bas Smart Selangor. Input daripada kajian tersebut akan dijadikan sebagai salah satu asas untuk merangka penambahbaikan dan cadangan penyelesaian kepada perkhidmatan pengangkutan awam di negeri ini.