Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
45) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk meningkatkan mobilisasi Bas Smart Selangor dan jajaran laluan baharu?
Kerajaan Negeri bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor sentiasa berusaha menambahbaik mutu dan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam ke satu tahap yang lebih baik. Kerajaan Negeri melalui PBT sentiasa melaksanakan penelitian tahap perkhidmatan Bas Smart Selangor berdasarkan data penumpang yang diperolehi secara bulanan bagi mengenalpasti keperluan penyedian perkhidmatan pengangkutan awam termasuk keperluan pertambahan laluan atau penambahan jumlah bas. Meskipun perkhidmatan Bas Smart Selangor ini mendapat sambutan yang menggalakkan, tidak semua laluan boleh dipertimbang untuk dijadikan sebagai laluan perkhidmatan Bas Smart Selangor. Ini kerana pengangkutan adalah dibawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Perkhidmatan Bas Smart Selangor diputuskan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) supaya tidak boleh memasuki laluan yang telah ditentukan mengikut zoning kepada operator bas sedia ada dan keperluan bas awam atau bas henti-henti yang lain. Oleh yang demikian, Kerajaan Selangor telah melancarkan perkhidmatan Demand Responsive Transit (DRT) yang menggantikan kemudahan Bas Smart Selangor yang memfokuskan mobiliti di kawasan berkepadatan tinggi dan dan mempunyai laluan sempit. Perkhidmatan DRT ini akan bermula pada 20 November 2023 di Puchong, Gombak, Ampang dan Serdang.