Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

21) BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah merancang untuk melaksanakan kajian terperinci bagi mewujudkan rangkaian perkhidmatan Bas Smart Selangor di DUN Pelabuhan Klang?

    Pihak Majlis telah membuat perancangan laluan baru Bas Smart Selangor iaitu KLG 5 (Hentian Bas Pelabuhan Klang – Bandar Sultan Sulaiman – Flat Seri Perantau – SJKT Watson Pelabuhan Klang – Hentian Bas Pelabuhan Klang) yang dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2023.

  2. Bila kajian terperinci tersebut akan dimulakan?

    Kajian laluan tersebut telah dilaksanakan pada tahun 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.