Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
208) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah purata penggunaan harian Bas Smart Selangor selepas keperluan imbas telefon pintar diperkenalkan?
Berdasarkan maklumbalas pihak Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), sistem Scan-to-Ride (STR) sepanjang tempoh pemantauan selama tiga bulan merekodkan sebanyak 6,075 penggunaan harian Bas Smart Selangor. Ini adalah berdasarkan bilangan imbasan sehari yang dilakukan oleh pengguna Bas Smart Selangor.
-
Apakah purata penggunaan harian Bas Smart Selangor sebelum keperluan imbas telefon pintar diperkenalkan?
Sebanyak 47,469 penggunaan sehari telah direkodkan melalui kaedah perkiraan secara manual oleh pemandu bas sebelum penggunaan sistem STR.
-
Berapakah (anggaran) pengguna menggunakan bas dengan menunjukkan IC tetapi tidak imbas telefon?
Pemantauan data penumpang dilaksanakan melalui pengumpulan data melalui imbasan STR. Terdapat sebilangan kecil kes yang melibatkan golongan seperti warga emas dan kanak-kanak yang menunjukkan kad pengenalan bagi pengenalpastian status warganegara kerana tidak memuat turun aplikasi CEPat atau tidak memiliki telefon bimbit. Data bagi penumpang yang menunjukkan kad pengenalan untuk menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor tidak direkodkan memandangkan ia merupakan kes-kes terpencil. Walau bagaimanapun, memandangkan terdapat keperluan untuk menjejak bilangan pengguna yang tidak mengimbas, proses ini boleh ditambah baik pada masa akan datang.