Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
47) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meluaskan rangkaian perkhidmatan di kawasan Pelabuhan Klang dan sekitarnya?
Majlis Perbandaran Klang ada menerima permohonan untuk meluaskan perkhidmatan Bas Smart Selangor di sekitar Pelabuhan Klang, Bandar Sultan Suleiman dan Pulau Indah. Walaubagaimanapun, kajian terperinci perlu dibuat bagi mengetahui kumpulan pengguna dan jangkaan ‘ridership’, kawasan-kawasan yang perlu dilalui dan sebagainya. Disamping itu juga, pihak Majlis perlu melihat kepada kemampuan dan keupayaan untuk menaggung kos perkhidmatan Bas Smart Selangor memandangkan bermula tahun 2022 pihak PBT diminta menanggung kos-kos tersebut.
-
Apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui MPK bagi memastikan perkhidmatan bas tersebut beroperasi di kawasan Pelabuhan Klang khususnya PandamaranJaya, Telok Gong dan Pulau Indah?
Kajian terperinci berkenaan keperluan Bas Smart Selangor perlu dijalankan untuk memastikan perkhidmatan Bas Smart Selangor dapat beroperasi di kawasan tersebut.