Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

23) BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah perkhidmatan Bas Smart Selangor akan memasuki ke kawasan Pandamaran dan Pelabuhan Klang?

    Pada masa ini, perkhidmatan Bas Smart Selangor untuk laluan Pelabuhan Klang adalah laluan Bas Smart Selangor daripada Bandar Klang sehingga ke Kompleks Sukan Pandamaran sahaja iaitu laluan KLG 1. Sekiranya perkhidmatan ini hendak diperluaskan, pihak Majlis perlu melihat beberapa kriteria seperti berikut:

    1. Jumlah ridership (kekerapan penumpang yang akan menggunakan perkhidmatan ini);
    2. Kos penyelenggaran yang akan terlibat;
    3. Disamping itu juga, MPK akan mengkaji laluan sedia ada dari semasa ke             semasa bergantung kepada penggunaannya seperti jumlah hentian bas     yang perlu disediakan, jarak laluan bas dalam kilometer, jumlah bas yang    perlu disediakan, kekerapan jumlah perkhidmatan setiap per/jam dan   jangkaan kekerapan penumpang).
  2. Apakah kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri bagi meluaskan perkhidmatan Bas Smart Selangor di Pandamaran Dan Pelabuhan Klang?

    Kekangan yang dihadapi bagi meluaskan perkhidmatan Bas Smart Selangor di Pandamaran dan Pelabuhan Klang adalah seperti berikut:

    1. Kos penyelenggaran yang meningkat;
    2. Bilangan Penumpang yang tidak konsisten;
    3. Penambahan permohonan kawasan laluan baru yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.