Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
170) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan perkembangan terkini perkhidmatan Bas Smart Selangor?
Sejak dilancarkan pada 1 Julai 2015, perkhidmatan Bas Smart Selangor kini telah beroperasi di sebelas (11) kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Ampang Jaya, Kajang, Selayang, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Kerajaan Negeri setakat ini telah membelanjakan sebanyak RM12,317,278.64 bagi pelaksanaan di seluruh daerah di Negeri Selangor. Keseluruhan kos tersebut adalah meliputi kos sewaan bagi 34 buah bas, wrapping, penyelenggaraan dan cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak 6 peratus.
-
Sila nyatakan sehingga setakat ini berapakah jumlah peruntukan telah dibelanjakan?
Seperti di SUB (a)
-
Sila huraikan bagaimanakah sambutan rakyat marhean terhadap perkhidmatan Bas Smart Selangor?
Sejak dilancarkan pada 1 Julai 2015 hingga 30 Jun 2016, penumpang Bas Smart Selangor telah menjangkau sehingga 1,951,530 penumpang. Oleh yang demikian, berdasarkan jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor setakat ini dan permintaan-permintaan untuk menambah lagi jumlah perkhidmatan tersebut yang banyak diterima, Kerajaan Negeri percaya bahawa rakyat Selangor menyambut baik perkhidmatan ini di samping mengharap supaya perkhidmatan ini diperluaskan ke kawasan lain. Antara maklumbalas orang awam terhadap perkhidmatan ini adalah, ianya memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam lain yang berintegrasi dengan laluan bas ini seperti komuter dan transit aliran ringan (LRT). Oleh itu, pemantauan perkhidmatan Bas Smart Selangor dilakukan secara berterusan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat memberi kepuasan dan memenuhi keperluan rakyat yang bergantung kepada sistem pengangkutan awam.