Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
30) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah rancangan untuk penjajaran semula laluan bas Smart Selangor di Rawang untuk meliputi kawasan perumahan yang lebih luas?
Laluan Bas Smart Selangor MPS2 sedia ada bermula di Tesco Rawang dan berakhir di hentian Bas Rawang. Laluan ini meliputi Taman Kanching, Taman Tun Teja, Perumahan PKNS Batu 17, Taman Tun Perak, Taman Bersatu dan Pekan Rawang. Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur MPS Bil 5/2020 meluluskan pindaan laluan kepada laluan MPS2A dan MPS2B. MPS2A akan ditambah liputan ke Rawang Perdana, Rawang Perdana 2, Taman Bukit Rawang Jaya, Rawang Mutiara sehingga hentian Bas Rawang. Manakala MPS2B akan meliputi Kg. Rawang Tin, Taman Garing, Taman Garing Permai dan Taman Garing Utama. Laluan MPS2A akan memberi kemudahan kepada penduduk Rawang untuk ke Klinik Kesihatan Rawang Perdana.
-
Adakah Kerajaan akan memberi tambahan Bas Smart Selangor di Rawang untuk meliputi kawasan Bandar Country Homes yang mempunyai lebih daripada 150,000 penduduk?
Pindaan laluan MPS2A mempunyai jarak laluan 30 km dan 3 buah bas diperuntukkan bagi laluan tersebut. Manakala MPS2B mempunyai jarak laluan sepanjang 28 km dan 1 buah bas diperuntukkan bagi laluan tersebut. Bagi keselesaan penduduk Rawang untuk menggunakan perkhidmatan ini, pertambahan 2 buah bas diperlukan bagi melancarkan lagi operasi laluan tersebut.