Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

225) BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan Perkhidmatan Bas Smart Selangor yang terkini?

    Melalui penelitian saya, beberapa soalan yang telah ditanyakan tentang perkara berkaitan Bas Smart Selangor. Soalan-soalan tersebut datangnya dari:

     

    No

    Soalan

    Nama

    ADUN

    Tajuk Soalan
    155 Kuala Kubu Bharu Bas Smart Selangor

     

    a)    Adakah sistem tender terbuka digunapakai bagi kontrak Bas Smart Selangor?

     

    b)    Adakah kajian teliti dibuat sebelum menentukan laluan Bas Smart Selangor?

     

    c)    Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memperluaskan perkhidmatan Bas Smart Selangor di semua Majlis Daerah pada tahun 2016? Jika ya, nyatakan butir- butirnya.

    198 Sabak Perkhidmatan Bas Percuma

     

    a)    Berapa kos bulanan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri bagi setiap bas?

     

    b)    Adakah kerajaan bercadang menyediakan perkhidmatan ini untuk kawasan luar bandar?

    255 Sekinchan Bas Smart Selangor

     

         

    a)    Sila senaraikan Perkhidmatan Bas Smart Selangor yang terkini?

     

    b)    Sila huraikan bagaimanakan sambutan rakyat terhadap perkhidmatan tersebut dan kos keseluruhan yang telah dibelanjakan?

     

    c)    Sila nyatakan bilakah perkhidmatan tersebut dapat dipanjangkan ke Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor serta Sekinchan?

     

    Izinkan saya untuk menjawab bersekali semua soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung Bas Smart Selangor ini seperti yang saya nyatakan tadi memandangkan semua soalan merujuk kepada perkara yang sama. Saya akan menjawab dan menerangkan perkara-perkara berikut:

     

    • Bas Smart Selangor yang telah disediakan;
    • Kos Perbelanjaan dan Tatacara Perolehan Bagi Penyediaan Bas Smart Selangor;
    • Sambutan dan Pencapaian Program Bas Smart Selangor;
    • Kriteria Laluan dan Kajian Yang Dijalankan Dalam Menentukan Laluan Bas Smart Selangor; dan
    • Perancangan Induk dan Jangka Panjang Program Bas Smart

     

    • Bas Smart Selangor yang telah disediakan

     

    Sebagaimana sedia maklum bahawa perkhidmatan bas percuma yang dikenali sebagai Bas Smart Selangor telah berjaya dilancarkan pada 1 Julai 2015 oleh YAB Menteri Besar

     

    Sehingga bulan Februari 2016, perkhidmatan bas secara percuma ini telah berjaya dilaksanakan di lima (5) kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

     

    Sehingga kini, jumlah Bas Smart Selangor yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat adalah sebanyak 19 buah bas. Pecahan jumlah bas mengikut PBT adalah seperti berikut:

     

    • Majlis Bandaraya Shah Alam : 4 buah bas
    • Majlis Perbandaran Subang Jaya : 4 buah bas
    • Majlis Perbandaran Klang : 3 buah bas
    • Majlis Perbandaran Ampang : 4 buah bas
    • Majlis Perbandaran Kajang : 4 buah bas

     

    Kos Perbelanjaan Bagi Penyediaan Bas Smart Selangor

     

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, penyediaan Bas Smart Selangor pada tahun 2015 adalah menggunakan peruntukan di bawah Anggaran Belanjawan Pembangunan (Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor) berjumlah RM6,013,804.00. Kos perbelanjaan ini adalah bagi pengoperasian 19 buah bas di lima (5) kawasan PBT. Jumlah ini juga merupakan pecahan peruntukan untuk Bas Smart Selangor di MBSA, MPSJ dan MPK sebanyak RM3,481,676.00 pada 1 Julai 2015 dan pelaksanaan Bas Smart Selangor di MPAJ dan MPKj sebanyak RM2,532,128 pada 1 Januari 2016. Purata perbelanjaan bagi setiap bas adalah RM26,376.00 sebulan. Jumlah keseluruhan kos tersebut adalah bagi tempoh 12 bulan merangkumi kos sewaan, wrapping, penyelenggaraan dan cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak 6 peratus (6%). Butiran perbelanjaan bagi penyediaan bas mengikut PBT adalah seperti berikut:

     

    • MB Shah Alam : RM1,266,064.00
    • MP Subang Jaya: RM1,266,064.00
    • MP Klang : RM949,584.00
    • MP Ampang Jaya : RM1,266,064.00 v. MP Kajang : RM1,266,064.00

     

    Untuk tujuan promosi, jumlah perbelanjaan yang digunakan di bawah Anggaran Belanjawan Mengurus (Peruntukan Jawatankuasa Tetap) adalah berjumlah RM50,000 iaitu diagihkan sebanyak RM10,000 setiap PBT.

     

    Bagi tahun 2016, Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor telah diperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi memperluaskan perkhidmatan Bas Smart Selangor. Anggaran perbelanjaan bagi Bas Smart Selangor yang akan dilaksanakan pada Mei 2016 di enam kawasan PBT adalah sebanyak RM5juta. Anggaran perbelanjaan ini juga termasuk kos sewaan, wrapping bas dan penyelenggaraan serta kos promosi. Manakala baki peruntukan sebanyak RM5juta akan digunakan bagi penambahan satu laluan baru Bas Smart Selangor di Shah Alam dan Subang Jaya, pindaan laluan Bas Smart Selangor di Klang beserta

     

    tambahan sebuah bas dan lanjutan kontrak perkhidmatan Bas Smart Selangor MBSA, MPSJ dan MPK yang akan berakhir pada 30 Jun 2016.

     

    Pelaksanaan Bas Smart Selangor di Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Ampang dan Kajang pada tahun 2015 adalah menggunakan tatacara perolehan secara Request For Proposal (RFP) dan syarikat yang dilantik bagi perkhidmatan bas tersebut adalah Rapid Bus Sdn. Bhd. sebagai operator perkhidmatan. Syarikat tersebut berkelayakan dan mampu menyediakan bas dalam masa dua (2) minggu dan beroperasi pada 1 Januari 2016. Proses dan tatacara perolehan bagi pelaksanaan Bas Smart Selangor tahun 2016 juga dijalankan secara RFP dan akan diuruskan oleh PBT yang

     

    Sambutan dan Pencapaian Program Bas Smart Selangor

     

    Inisiatif Kerajaan Negeri dalam melaksanakan Program Bas Smart Selangor bukanlah bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Sebaliknya objektif Bas Smart Selangor ini adalah untuk menggalakkan penggunakan pengangkutan awam oleh semua lapisan masyarakat, di samping dapat mengurangkan bebanan kewangan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang menggunakan perkhidmatan awam di dalam urusan harian. Oleh itu, keberkesanan program ini boleh diukur berdasarkan peningkatan jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan Bas Smart

     

    Sejak perkhidmatan Bas Smart Selangor di lima (5) kawasan pentadbiran Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Ampang Jaya dan Kajang dilancarkan, sambutan yang diterima daripada masyarakat setempat amatlah menggalakkan. Jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini sehingga bulan Februari 2016 adalah sebanyak 911,969.

     

    Unjuran peningkatan penumpang Bas Smart Selangor yang menghampiri sejuta penumpang bagi tempoh lapan (8) bulan menunjukkan sambutan dan penerimaan masyarakat terhadap Bas Smart Selangor adalah sangat memberangsangkan. Ia juga menunjukkan keberkesanan usaha Kerajaan Negeri dalam meningkatkan mutu perkhidmatan bas awam serta menggalakkan masyarakat untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan di samping membantu mengurangkan beban kewangan bagi golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada sistem pengangkutan awam bagi melaksanakan pelbagai urusan

     

    Bagi pertanyaan dari ADUN Damansara Utama berhubung pencapaian ridership Bas Smart Selangor berbanding purata ridership bas biasa Rapid KL, untuk makluman Yang Berhormat, jumlah ridership bagi Bas Smart Selangor dan bas biasa RapidKL tidak sesuai dibuat perbandingan

     

    kerana kriteria laluan Bas Smart Selangor yang berbeza iaitu laluan yang tidak menerima perkhidmatan bas awam lain dan faktor jumlah bas yang disediakan iaitu 4 buah bas di MBSA, MPSJ, MPAJ dan MPKJ manakala

    3 buah bas di MPK yang mana jumlah bas tersebut adalah kurang daripada jumlah bas biasa Rapid KL di sesuatu kawasan. Namun, menurut laporan pihak Rapid Bus Sdn Bhd, purata ridership bas biasa Rapid KL adalah sebanyak 380,000 penumpang sehari dengan bilangan bas yang beroperasi adalah 850 buah bas.

     

    Kriteria Laluan dan Kajian Yang Dijalankan dalam menentukan laluan Bas Smart Selangor

     

    Bagi menjawap pertanyaan ADUN Kuala Kubu Bharu berkaitan kajian bagi menentukan laluan Bas Smart Selangor, ingin dijelaskan di sini bahawa objektif Bas Smart Selangor bukanlah untuk mendapatkan keuntungan, malah ianya inisiatif Kerajaan Negeri untuk menggalakkan penggunakan pengangkutan awam oleh semua lapisan masyarakat. Oleh itu, cadangan laluan bas Smart Selangor dinilai melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor dengan penglibatan semua PBT dan juga Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Laluan-laluan yang dikemukakan oleh setiap PBT telah dipertimbangkan dengan mengambilkira pandangan dan kajian oleh semua pihak yang terlibat.

     

    Oleh itu, penentuan laluan Bas Smart Selangor telah dijalankan dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan permintaan yang menepati syarat- syarat yang telah

     

    Perancangan Induk dan Jangka Panjang Program Bas Smart Selangor

     

    Sejak perkhidmatan Bas Smart Selangor dilancarkan dan mendapat sambutan yang sangat baik, banyak permintaan-permintaan telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa sidang dewan yang lalu terutamanya berkaitan perancangan induk mahupun perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri dalam memperluaskan program Bas Smart Selangor ini ke kawasan luar bandar. Antaranya adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Sekinchan serta daerah-daerah yang

     

    Melihat kepada sambutan dan kepercayaan rakyat di Negeri Selangor dalam program bas percuma ini, Kerajaan Negeri akan memperluaskan perkhidmatan Bas Smart Selangor ke semua Majlis Daerah secara berperingkat pada tahun 2016 dengan memperuntukan sebanyak RM10juta di bawah Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor. Jangkaan untuk dilancarkan pada bulan Mei, enam (6) majlis perbandaran dan daerah yang akan menyediakan perkhidmatan ini ialah

     

    Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB). Laluan bagi perkhidmatan bas Smart Selangor di enam PBT ini akan menghubungkan perkhidmatan bas di antara dua daerah dengan rangkaian pengangkutan awam yang lain seperti komuter, Express Rail Link (ERL) dan Light Rail Transit (LRT). Kerajaan Negeri berharap agar penyediaan perkhidmatan bas ini di kawasan luar bandar dapat menerima sambutan yang baik dan disokong oleh masyarakat setempat disamping memenuhi keperluan dan meningkatkan sistem perkhidmatan bas awam di Negeri Selangor.

     

    Bagi jangka masa panjang, Kerajaan Negeri berharap agar PBT dapat memastikan kelangsungan operasi Bas Smart Selangor ini berterusan untuk tempoh yang lama dengan penambahan laluan-laluan baru yang lebih menyeluruh. Untuk makluman, butiran bagi perkhidmatan bas ini di daerah-daerah tersebut adalah seperti berikut:

     

    MP Selayang

    • Laluan sepanjang 25 kilometer, bermula dari Selayang Mutiara, sehingga Terminal Bersepadu

     

    1. MP Sepang
    • Laluan sepanjang 58 kilometer akan melalui Tanjung Sepat, pekan Sungai Pelek sehingga stesen ERL Salak Tinggi Kota

     

    • MD Kuala Langat
    • Laluan sepanjang 33 kilometer akan melalui Banting, Pelabuhan Dagang ke stesen ERL Salak

     

    1. MD Hulu Selangor
    • Laluan Bas Smart Selangor akan melalui Stesen Komuter Kuala Kubu Bharu sehingga Terminal Bas Bukit

     

    1. MD Kuala Selangor
    • Laluan sepanjang 35 kilometer bermula di Terminal Bandar Baru Kuala Selangor, sehingga ke

     

    1. MD Sabak Bernam
    • Laluan sepanjang 27 kilometer bermula dari Pekan Sabak Bernam, ke Pekan

     

    Akhir sekali, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang baik terutamanya perkhidmatan bas awam di setiap peringkat negeri. Oleh itu, segala usaha yang dirancang dan dijalankan

     

    oleh Pihak Berkuasa Tempatan adalah selaras dengan perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap kemajuan dalam pembangunan dapat dinikmati oleh semua golongan rakyat di Negeri Selangor.

  2. Sila huraikan bagaimanakah sambutan rakyat terhadap perkhidmatan tersebut dan kos keseluruhan yang telah dibelanjakan?

  3. Sila nyatakan bilakah perkhidmatan tersebut dapat dipanjangkan ke Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor serta Sekinchan?

Lampiran

Tiada Lampiran.