Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
69) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan perkembangan terkini perkhidmatan Bas Smart Selangor.
Perkembangan terkini perkhidmatan Bas Smart Selangor adalah seperti berikut:
1.1. Laluan bas
1.1.1. Sejak dilancarkan pada 1 Julai 2015 hingga 30 Jun 2017, perkhidmatan Bas Smart Selangor telah mempunyai 15 laluan di 11 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi tahun 2017, tambahan 15 laluan baru akan diperkenalkan dan tarikh operasi mengikut PBT adalah seperti berikut :
- 1 Julai 2017 : Majlis Bandaraya Shah Alam
- 6 Julai 2017 : Majlis Perbandaran Klang
- 27 Julai 2017 : Majlis Perbandaran Selayang
- 1 Ogos 2017 : Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis
Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Daerah Kuala Langat, Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Sabak Bernam dan Majlis Daerah Hulu Selangor.
1.1.2. Pertambahan laluan pada tahun 2017 melibatkan dua laluan baru bagi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) manakala satu laluan baru bagi kawasan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).
1.2. Jumlah bas
1.2.1 Sehingga 30 Jun 2017, jumlah Bas Smart Selangor yang beroperasi di 11 Pihak Berkuasa Tempatan adalah sebanyak 52 buah bas.
1.2.2 Pada tahun 2017, terdapat penambahan enam buah bas di laluan sedia ada iaitu dua buah bas di laluan MPS dan empat buah bas di laluan sedia ada MPSp. Manakala pertambahan laluan baru akan melibatkan penambahan sebanyak 40 buah bas. Jumlah bas yang akan mula beroperasi pada bulan Julai dan Ogos 2017 adalah sebanyak 46 buah.
1.2.3 Secara keseluruhannya, jumlah bas bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor adalah sebanyak 98 buah.
1.3. Statistik penumpang
Jumlah penumpang Bas Smart Selangor sejak dilancarkan pada 1 Julai 2015 hingga 30 Jun 2017 adalah sebanyak 8,831,429 penumpang. Butiran statistik penumpang mengikut tahun adalah seperti berikut:
- Tahun 2015 (mulai 1 Julai 2015) : 546,661 penumpang
- Tahun 2016 : 4,163,654 penumpang
Tahun 2017 (sehingga 30 Jun 2017) : 4,121,114 penumpang
-
Sila nyatakan sehingga setakat ini berapakah jumlah peruntukan telah dibelanjakan dan senaraikan jajaran yang paling ramai penumpang.
- Sejak dilancarkan pada 1 Julai 2015, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan tahunan bagi memastikan kesinambungan operasi Bas Smart Selangor dan juga penambahan laluan-laluan baru.
- Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri sehingga kini adalah berjumlah RM32,901,312.64. Keseluruhan kos tersebut adalah tidak termasuk kos laluan tambahan yang dibiayai sendiri oleh PBT. Butiran perbelanjaan adalah seperti berikut:
- Untuk tahun 2015, kos penyediaan perkhidmatan Bas Smart Selangor di tiga (3) PBT adalah sebanyak RM3,481,712.00. Pecahan kos adalah seperti berikut:
Butiran Kos Bas Smart Selangor Tahun 2015
Pihak Berkuasa Tempatan Laluan 1 (RM)
Majlis Bandaraya Shah Alam 1,266,064.00 Majlis Perbandaran Subang Jaya 1,266,064.00 Majlis Perbandaran Klang 949,584.00 Jumlah Keseluruhan Tahun 2015 RM3,481,712.00 Kos penyediaan Bas Smart Selangor bagi tahun 2016 pula, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM11,360,910.64. Walau bagaimanapun, kos tersebut tidak termasuk laluan tambahan yang dibiayai sendiri oleh pihak MBSA dan MPSJ iaitu berjumlah RM3,146,928. Butiran perbelanjaan mengikut PBT adalah seperti berikut:
Butiran Kos Perbelanjaan Penyediaan Bas Smart Selangor Tahun
2016 Mengikut PBT
Pihak Berkuasa
Tempatan
Laluan 1 (RM)
Laluan 2 (RM)
Laluan 3 (RM)
Jumlah (RM)
MB Shah Alam
624,128.00 1,894,008.00 (peruntukan MBSA)
1,262,672.00 3,780,808.00 MP Subang Jaya
624,128.00 1,262,672.00 1,252,920.00 (peruntukan MPSJ)
3,139,720.00 MP Klang 691,650.00 -tiada- 691,650.00 MP Ampang Jaya
1,266,064.00 (menggunakan peruntukan tahun 2015)
1,266,064.00 (Peruntukan
2015)
MP Kajang 1,266,064.00 (menggunakan peruntukan tahun 2015)
1,266,064.00 (Peruntukan
2015)
MP Selayang
1,250,796.00 -tiada- 1,250,796.00 MP Sepang 625,400.00 -tiada- 625,400.00 MD Kuala Langat 625,400.00 -tiada- 625,400.00 MD Kuala Selangor 621,448.32 -tiada- 621,448.32 Pihak Berkuasa
Tempatan
Laluan 1 (RM)
Laluan 2 (RM)
Laluan 3 (RM)
Jumlah (RM)
MD Sabak Bernam 621,448.32 -tiada- 621,448.32 MD Hulu Selangor 619,040.00 -tiada- 619,040.00 Jumlah Keseluruhan RM14,507,838.64 - Kos bagi tahun 2017 adalah sebanyak RM18,058,690.00 iaitu bagi pecahan berikut:
- Kos penyambungan kontrak bagi laluan sedia ada untuk tempoh 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2017) sebanyak RM9,285,600.00; dan
- Manakala kos bagi laluan baru tahun 2017 sebanyak RM8,773,090.00 akan disalurkan kepada PBT pada bulan Ogos 2017. Kos ini tidak termasuk kos yang dibiayai PBT berdasarkan konsep 1 plus 1 yang telah disyaratkan kepada beberapa PBT supaya lebih banyak laluan baru dapat diperkenalkan untuk memenuhi keperluan dan kemudahan rakyat di Negeri Selangor. Butiran kos adalah seperti berikut:
Pecahan Kos Laluan Baru Bas Smart Selangor Tahun 2017 Mengikut PBT
Pihak Berkuasa Tempatan Jumlah Bas Jumlah Kos Peruntukan PBT (RM) Peruntukan Kerajaan Negeri (RM)
MB Shah Alam – Laluan 04
– Laluan 05
– 4 bas
– 4 bas
–
RM1,252,920
RM1,252,920
–
MP Subang Jaya – Laluan 04 (A)
– 04 (B)
– 2 bas
– 2 bas
–
RM 626,460
Pihak Berkuasa Tempatan Jumlah Bas Jumlah Kos Peruntukan PBT (RM) Peruntukan Kerajaan Negeri (RM)
RM 626,460 – MP Klang – Laluan 02
– 4 bas
RM 626,460
RM 626,460
MP Ampang Jaya – Laluan 02
– Laluan 03
– 4 bas
– 3 bas
–
RM 939,690
RM1,252,920
–
MP Kajang – Laluan 02
– Laluan 03
– 2 bas
– 2 bas
–
RM 626,460
RM 626,460
–
MP Selayang – Tambahan bas
– Laluan 02
– 2 bas
– 4 bas
RM 626,460
–
–
RM1,252,920
MP Sepang – Tambahan bas
– Laluan 03
– Laluan 04
– 4 bas
– 2 bas
– 2 bas
RM 313,230
–
RM 626,460
RM 939,690
RM 626,460
–
MD Kuala Langat – Laluan 02
– 1 bas
–
RM 313,230
MD Kuala Selangor – Laluan 02
– 2 bas
–
RM 626,460
MD Sabak Bernam – Laluan 02
– 1 bas
–
RM 313,230
MD Hulu Selangor – Laluan 02
– 1 bas
–
RM 315,880
JUMLAH RM5,638,320 RM8,773,090 Berdasarkan laporan statistik penumpang bagi tahun 2017 iaitu dari tempoh 1 Januari 2017 hingga 30 Jun 2017, laluan yang menerima jumlah penumpang tertinggi adalah laluan Bas Smart Selangor MBSA01 yang menghubungkan laluan dari Stesen Komuter Seksyen 19 ke kawasan Komersil Seksyen 7, Shah Alam dengan jumlah penumpang sebanyak 622,346 orang.
-
Sila huraikan apakah kaedah pemantauan yang lebih berkesan bagi memastikan semua perjalanan mengikut jadual.
Perkhidmatan Bas Smart Selangor sentiasa dipantau secara berkala oleh Pihak Berkuasa Tempatan dengan kaedah seperti lawatan mengejut semasa pengoperasian bas serta semakan laporan jadual perjalanan yang dikemukakan oleh pihak operator bas yang dilantik. Pihak operator juga boleh dikenakan penalti sekiranya perkhidmatan bas tidak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan atau melanggar syarat-syarat yang telah dipersetujui di dalam kontrak perjanjian.