Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

120) BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pelan jangka masa panjang Kerajaan Negeri bagi memperbaiki mutu perkhidmatan Bas Smart Selangor?

    Kerajaan Negeri sentiasa terbuka terhadap ruang-ruang penambahbaikan kepada perkhidmatan Bas Percuma Smart Selangor. Selain menetapkan kriteria tertentu bagi memastikan kualiti dan jangkauan perkhidmatan seperti menepati struktur Bus Network Revamp oleh SPAD, laluan di kawasan tumpuan dan padat penduduk, serta mempunyai connectivity dengan sistem pengangkutan lain, beberapa penambahbaikan juga telah dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan Bas Smart Selangor sentiasa reliable dan relevan untuk jangka masa yang panjang seperti berikut adalah:

     

    • Perluasan dan penambahan laluan yang lebih fleksibel di antara sempadan dua PBT perlu diperkenalkan dengan lebih banyak bagi memastikan perkhidmatan bas ini lebih menyeluruh di Negeri Selangor;

     

    • Penambahan bas perlu diambil kira bagi laluan-laluan yang berjarak jauh supaya kekerapan bas dapat dipercepatkan dan ini dapat mengelakkan masalah kelewatan bas dan sebagainya untuk memastikan prestasi perkhidmatan Bas Smart Selangor yang lebih baik;

     

    • Keperluan pemasangan Passanger Counting Machine di dalam bas iaitu Penggunaan mesin pengiraan melalui censor automatik adalah lebih mudah, tepat dan cepat;

     

    • Seiring dengan peningkatan teknologi terkini, perkhidmatan Bas Smart Selangor perlu tambah baik dengan penggunaan applikasi supaya capaian maklumat bas dapat diakses dengan lebih cepat dan lancar. Dengan adanya applikasi terkini, perkhidmatan bas boleh disesuaikan dengan lebih fleksibel mengikut waktu puncak dan keadaan trafik di jalan raya. Lanjutan itu, Kerajaan Negeri melalui Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) telah membangunkan applikasi Bas Smart Selangor iaitu Transport Information System (TIS) yang akan membolehkan pengguna mengenalpasti kesemua 30 laluan Bas Smart Selangor, menjejak perjalanan bas secara ‘real time’ dan menyemak waktu ketibaan bas. Pengguna juga boleh mendapatkan “passenger info display system” di setiap perhentian bas dengan mengimbas ‘QR Code’ menggunakan telefon pintar. Ini dapat membantu pengguna mengurus masa dan perjalanan dengan lebih efektif serta tidak perlu menunggu lama di mana-mana perhentian bas seperti sebelum ini; dan

     

    • Dalam memperkasakan sektor pengangkutan awam di Negeri Selangor, inisiatif perkhidmatan Bas Smart Selangor pada tahun hadapan dijangka akan memperkenalkan teknologi bas elektrik sebagai sokongan kepada strategi pembangunan bandar mampan dengan pendekatan rangka kerja Low Carbon City Framework (LCCF) di setiap PBT untuk mengurangkan pengeluaran karbon serta penjagaan alam sekitar.

     

    • Perkhidmatan Bas Smart Selangor yang bermula pada 1 Julai 2015 dengan sebelas (11) buah bas di tiga kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) kini telah berjaya diperluaskan ke sebelas kawasan PBT yang lain di Negeri Selangor, kecuali Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai perkhidmatan bas percuma dikenali PJCitybus. Dalam tempoh dua tahun pelaksanaan, Bas Smart Selangor kini mempunyai 30 laluan dengan 100 buah bas. Jumlah Bas Smart Selangor mengikut PBT adalah seperti berikut:

     

    Bil. PBT Jumlah Laluan Jumlah Bas
    1. Majlis Bandaraya Shah Alam 5 22
    2. Majlis Perbandaran Subang Jaya 4 16
    3. Majlis Perbandaran Klang 2 8
    4. Majlis Perbandaran Ampang jaya 3 11
    5. Majlis Perbandaran Kajang 3 8
    6. Majlis Perbandaran Selayang 2 10
    7. Majlis Perbandaran Sepang 3 10
    8. Majlis Daerah Kuala Langat 2 4
    9. Majlis Daerah Kuala Selangor 2 4
    10. Majlis Daerah Sabak Bernam 2 3
    11. Majlis Daerah Hulu Selangor 2 4
    JUMLAH 30 100

     

    Manakala bagi PJ City Bus yang dibiayai sepenuhnya oleh MBPJ, sebanyak 22 buah bas telah disediakan bagi empat (4) laluan seperti berikut:

     

    LALUAN BILANGAN
    PJ01 10
    PJ02 4
    PJ03 4
    PJ04 4
    JUMLAH 22

     

  2. Berapakah jumlah bas yang masih beroperasi sehingga kini mengikut PBT?

Lampiran

Tiada Lampiran.