Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

178) PEMBANGUNAN USAHAWAN PKNS

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah usahawan yang telah dibantu sejak ianya ditubuhkan?

    PKNS mula melaksanakan program-program pembangunan keusahawanan bumiputera secara serius sejak tahun 1995 melalui penubuhan Sekretariat MPPB (Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera) dan kini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) PKNS.

     

    BPU berperanan menjalankan segala dasar, strategi serta program MPPB di PKNS meliputi aspek penyelidikan dan pembangunan, khidmat nasihat, latihan serta pemantauan setiap program MPPB yang dilaksanakan.

     

    Jumlah usahawan yang telah dibantu sejak ditubuhkan ialah sebanyak 40,741 usahawan merangkumi dari pelbagai program-program keusahawan yang ditawarkan.

  2. Apakah kejayaan yang telah dikecapi sejak penubuhannya dan berapakah jumlah usahawan yang berjaya melalui program ini?

    1. Antara kejayaan yang telah dikecapi sejak penubuhan BPU ialah Program Tunas Niaga (PROTUNe) yang dahulunya dikenali sebagai Program Usahawan Muda (PUM) bertujuan membentuk dan memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah agar mereka mempunyai pengetahuan asas dalam memulakan dan melaksanakan perniagaan. Mulai   tahun   2019,    Kementerian   Hal   Ehwal     Ekonomi telah

     

    mengambil alih penyelarasan PROTUNe di seluruh negeri. Pada tahun 2019, 50 buah sekolah menengah negeri Selangor terlibat dalam program dengan menubuhkan syarikat bertaraf Sendirian Berhad. PKNS bertindak sebagai pendaftar syarikat dan peserta dibimbing oleh 2 orang guru, dimiliki oleh 25 pemegang saham, ditadbir oleh 5 orang Pengurus Syarikat.

     

    Pencapaian 2019

    Sejak PROTUNe dilaksanakan bermula tahun 1998 sehingga 2019, seramai 24,250 pelajar terlibat dan 975 buah syarikat telah ditubuhkan.

  3. Apakah program pembangunan usahawan yang ditawarkan kepada golongan muda dan wanita?

    1. Pelbagai program pembangunan usahawan telah dirangka dan sedang dilaksanakan oleh PKNS. Antara program pembangunan usahawan yang ditawarkan kepada golongan muda dan wanita adalah seperti :

     

    1. Program Usahawan Siswazah PKNS (GROW)
    • Memfokuskan kepada golongan siswazah yang berminat menceburi bidang keusahawanan. Program ini membantu peserta dalam mengendalikan perniagaan dari peringkat awal sehingga berjaya dengan mengikuti program selama enam bulan.

     

    1. Akademi Pembangunan Usahawan PKNS
    • Menyediakan latihan dan kelas bimbingan untuk usahawan mendapatkan ilmu pengetahuan di samping mengukuhkan rangkaian perniagaan masing-masing. Pelbagai kursus yang merangkumi latihan, seminar, dan lawatan sambil belajar kepada usahawan/bakal usahawan.

     

    • PKNS BizClub
    • Merupakan hub usahawan yang menawarkan kemudahan ruang acara, ruang kerja, dan aktiviti jaringan selain dapat mempromosikan jenama usahawan melalui saluran pasaran dalam kalangan usahawan PKNS BizClub.

     

     

     

     

     

     

    1. VIO by PKNS
    • Memfokuskan kepada golongan usahawan bumiputera yang baru memulakan perniagaan dengan membantu usahawan mengurangkan kos permulaan yang tinggi, kos overhead dan gaji kakitangan. VIO by PKNS adalah pejabat maya dan fizikal yang boleh disewa secara bulanan lengkap dengan perkhidmatan penyambut tetamu, nombor telefon, nombor faks dan kemudahan bilik mesyuarat dengan sewa bulanan serendah RM60/bulan.

     

    Kumpulan sasar untuk program di Bahagian Pembangunan Usahawan ialah:

     

    • Pengilang Bahan Binaan
    • Sub kontraktor bumiputera
    • Peniaga-peniaga retail
    • Bakal usahawan
    • Usahawan Mahasiswa
    • Pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.