Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

6) BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah perbelanjaan tahunan semenjak program Bas Smart Selangor ini dimulakan?

    Program Bas Smart Selangor merupakan salah satu daripada 33 program Insentif Peduli Rakyat (IPR) dan telah dimulakan pada 1 Julai 2015. Sejak ianya dilaksanakan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan telah membelanjakan sebanyak RM106 juta (RM106,176,515.84) bagi meneruskan perkhidmatan bas ini di 43 laluan dengan 138 buah bas.

    Butiran perbelanjaan oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tempoh 1 Julai 2015 hingga 30 September 2019 adalah :

    1. Kerajaan Negeri : RM81,188,429.84
    • Tahun 2015 : RM3,481,712.00
    • Tahun 2016 : RM11,360,910.64
    • Tahun 2017 : RM18,683,800.00
    • Tahun 2018 : RM17,859,306.00
    • Tahun 2019 : RM29,780,701.20
    1. Pihak Berkuasa Tempatan : RM24,988.086.00
    • Tahun 2016 : RM1,563,288.00
    • Tahun 2017 : RM6,086,140.00
    • Tahun 2018 : RM8,269,640.00
    • Tahun 2019 : RM9,069,018.00
  2. Pengangkutan awam adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula program ini dan diserahkan kepada Kerajaan Pusat?

    Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun pembangunan sistem pengangkutan awam termasuk perkhidmatan bas merupakan tanggungjawab yang perlu disediakan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif sendiri untuk memperkenalkan perkhidmatan bas percuma bagi mengatasi permasalahan berkaitan pengangkutan awam di Negeri Selangor akibat daripada kekangan Kerajaan Pusat ketika itu dalam memenuhi keperluan penambahbaikan di dalam sistem pengangkutan awam.

    Keperluan untuk menyediakan sejumlah peruntukan yang sangat besar bagi tujuan ini oleh Kerajaan Negeri dengan sumber kewangan sedia ada adalah amat terhad untuk projek-projek pembangunan yang lebih penting dan perlu diutamakan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri pada masa ini masih mampu meneruskan program ini dengan kerjasama 11 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat, malah mengesyorkan supaya pelaksanaannnya dapat diteruskan oleh PBT-PBT pada masa hadapan. Kerajaan Negeri juga amat berbesar hati sekiranya Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk mengambil tanggungjawab ini ataupun memberikan peruntukan sewajarnya bagi memastikan pengangkutan awam di Negeri Selangor khususnya perkhidmatan bas ini kekal relevan dan memberi manfaat kepada semua.

     

    INFO TAMBAHAN

    Pecahan kos yang dibelanjakan oleh PBT

    Bil. PBT Tahun
    2016

    (RM)

    2017

    (RM)

    2018

    (RM)

    2019

    (RM)

    1. MBSA 310,368.00 2,726,964.00 3,910,080.00 3,572,000.00
    2. MPSJ 1,252,920.00 835,228.00 1,272,628.00 1,385,420.00
    3. MPK   626,460.00 626,460.00 1,201,700.00
    4. MPAJ   992,880.00 384,768.00 939,060.00
    5. MPKj   347,468.00 839,036.00 727,170.00
    6. MPS   277,084.00 617,628.00 617,628.00
    7. MPSp   280,056.00 619,040.00 626,040.00
    TOTAL 1,563,288.00 6,086,140.00 8,269,640.00 9,069,018.00

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.