Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

176) BAS SELANGORKU

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah operasi Bas Selangorku sepanjang tempoh COVID-19?

    Perkhidmatan Bas Smart Selangor sepanjang tempoh COVID-19 masih beroperasi seperti biasa mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu dengan had kapasiti penumpang sebanyak 50% dengan langkah-langkah keselamatan serta kawalan penularan yang ditetapkan.

  2. Berapakah jumlah pengguna Bas Selangorku pada tahun ini mengikut bulan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah penumpang Bas Smart Selangor (termasuk PJ City Bus) bagi tempoh Januari 2021 hingga Julai 2021 adalah sebanyak 2,660,602 orang. Pecahan jumlah penumpang secara bulanan adalah seperti di Lampiran A.

  3. Nyatakan perbandingan kos operasi Bas Selangorku pada 2019 dan 2020.

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta pada tahun 2019 dan 2020 bagi mengekalkan perkhidmatan Bas Smart Selangor. Jumlah perbelanjaan bagi tahun 2019 dan 2020 adalah seperti berikut:-

     

    Bil. Butiran Perbelanjaan Tahun 2019

    (RM)

    Tahun 2020

    (RM)

    1. Kos keseluruhan pengurusan dan pengoperasian 29,780,701.20 26,312,689.00

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, perbelanjaan tahun 2019 adalah termasuk lapan (8) laluan yang dilaksanakan pada akhir tahun 2018 dan pembayarannya menggunakan peruntukan tahun 2019. Manakala bagi tahun 2020, kos perbelanjaan adalah bagi mengekalkan perkhidmatan Bas Smart Selangor yang dibiayai sepenuhnya Kerajaan Negeri. Berbanding tahun 2019, terdapat penjimatan kos berikutan penggunaan bas bersaiz coaster oleh Majlis Perbandaran Sepang bagi laluan SPG 3 dan penangguhan operasi bas serta pengurangan sebuah bas di setiap laluan pada bulan Mac hingga Jun 2020 iaitu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

     

    Selain daripada itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan 20 buah Bas Smart Selangor bagi penggunaan pihak Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) dari bulan April hingga Mei 2020 sebagai Pengangkutan Khas COVID-19 dari KLIA ke pusat-pusat kuarantin yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan dengan kos sebanyak RM685,184.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.