Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

208) BAS SELANGORKU

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci lokasi dan waktu perkhidmatan Bas Selangorku?

    Bas Smart Selangor MBSA

    Melalui 22 hentian yang bermula dari Stesen Komuter Shah Alam (Seksyen 19) ke Seksyen 7. Butiran hentian adalah:

    • Stesen Komuter Shah Alam > Balai Bomba Seksyen 15 > Dataran Shah Alam / MBSA > Bangunan SUK / Mahkamah Shah Alam > Pasar Seksyen 6 > Pondok Bas Seksyen 4 > Sekolah Kebangsaan Seksyen 4

    > Sekolah Menengah Seksyen 2 > Hentian Seksyen 2 > UiTM > Pangsapuri Baiduri > Persiaran Kayangan (Unisel) > Persiaran Kayangan (Tasik) > Persiaran Bestari > Jalan Plumbum 7/100 > Sekolah Tamil Ladang Midlands > Jakel Seksyen 7 > Hospital Shah Alam.

     

    1. Bas Smart Selangor MPSJ
    • Melalui 19 hentian bermula dari MPSJ ke Stesen 7 BRT sehingga Stesen Komuter Subang Jaya. Butiran hentian adalah:
    • MPSJ (Persiaran Bakti) > Taipan USJ 10 (Persiaran Ikhlas) > LRT Stesen 8, USJ 8 (Persiaran Kewajipan) > BRT Halt 7/LRT Stesen 7, USJ 7 > Pole Bas USJ 6 (Persiaran Murni) > Hentian Bas USJ 5 > Hentian Bas USJ 3 (Persiaran Tujuan) > Hentian Bas SS19 > Pole Bas SS17 (Jalan Subang Utama) > Pole bas SS17 (Persiaran Jengka) > Pole Bas SS16 (Persiaran Kemajuan Subang) > Stesen Komuter Subang Jaya (Jalan SS 16/1) > Pole Bas SS16 > Hentian Bas SS16 > Pole Bas SS18 (Persiaran Subang Utama) > Pole Bas SS18 (Persiaran Tujuan) > Pole Bas USJ 2 (Persiaran Tujuan) > Hentian Bas USJ 2 (Persiaran Murni).

     

    • Bas Smart Selangor MPK
    • Melalui 11 hentian bermula dari Wisma Hafiz ke Jalan Sireh. Butiran hentian adalah :
    • Wisma Hafiz > Stesen Komuter Klang > Kompleks Mahkamah > SMK Seri Istana > SMK & SRK Convent > Pusat Informasi > SYABAS & JAIS > Ibu Pejabat MPK > Hotel Goldcost > SMJKC Pin Hua > Jalan Sireh.

     

    1. Bas Smart Selangor MPAJ
    • Melalui 8 hentian bermula dari Jalan Ukay Perdana ke Jalan Taman Melawati. Butiran hentian adalah:
    • Jalan Ukay Perdana > Jalan Sungai Sering > Jalan Riana Ukay 1 > Lorong Sering 5 > Jalan AU 4/2 > Jalan AU5 > Persiaran Permata > Jalan Taman

     

    1. Bas Smart Selangor MPKj
    • Melalui 11 hentian bermula dari Jalan Besar ke Kompleks Hentian Kajang. Butiran hentian adalah :
    • Jalan Besar > Jalan Cheras > Jalan Timur > Jalan Semenyih > Jalan Sungai Chua > Jalan Wan Siew > Taman Kajang Indah > Taman Koperasi LLN > Taman Sri Kejora > Surau Al-Islah > Sek Keb Seksyen

    7 > Jalan 7/5 – Speedmart > Persiaran Cempaka > Seksyen 4 Tambahan > Persiaran Bangi > Jalan Reko – Shell > Jalan Reko-Plaza Perabot > Kompleks Hentian Kajang.

     

    Jadual waktu perkhidmatan Bas Smart Selangor:

     

    Bas Smart Selangor beroperasi pada setiap hari bermula jam 6.00 pagi hingga

    10.00 malam dengan kekerapan bas adalah setiap 15 minit bagi kawasan Shah Alam, Subang Jaya dan Klang, manakala kekerapan setiap 20 minit bagi kawasan Ampang Jaya dan Kajang.

  2. Nyatakan jumlah Bas Selangorku mengikut PBT ?

    Sejak dilancarkan pada 1 Julai 2015, jumlah Bas Smart Selangor yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat adalah sebanyak 19 buah bas. Pecahan jumlah bas mengikut PBT adalah seperti berikut:

     

    • Majlis Bandaraya Shah Alam : 4 buah bas
    • Majlis Perbandaran Subang Jaya : 4 buah bas
    • Majlis Perbandaran Klang : 3 buah bas

     

    • Majlis Perbandaran Ampang : 4 buah bas
    • Majlis Perbandaran Kajang : 4 buah bas

     

  3. Apakah perancangan jangka masa panjang Bas Selangorku ?

    Melihat kepada sambutan dan kepercayaan rakyat di Negeri Selangor dalam program bas percuma ini, Kerajaan Negeri akan memperluaskan perkhidmatan Bas Smart Selangor ke semua Majlis Daerah secara berperingkat pada tahun 2016. Jangkaan untuk dilancarkan pada pertengahan tahun 2016, enam (6) majlis perbandaran dan daerah akan menyediakan perkhidmatan ini iaitu Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB). Bagi jangka masa panjang, Kerajaan Negeri berharap agar PBT dapat memastikan kelangsungan operasi Bas Smart Selangor ini berterusan untuk tempoh yang lama dengan penambahan laluan-laluan baru yang lebih menyeluruh.

Lampiran

Tiada Lampiran.