Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
37) BAS SELANGORKU
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan bilangan penumpang bagi setiap laluan Bas Selangorku mengikut pecahan bulanan sejak perkhidmatan ini dimulakan
Sejak dilancarkan pada 1 Julai 2015 sehingga 30 Jun 2017, jumlah penumpang perkhidmatan Bas Smart Selangor telah mencapai sebanyak 8,831,429 Bilangan penumpang mengikut pecahan bulanan di setiap PBT adalah seperti di Lampiran A.
-
Berapakah bilangan bas dan kos bulanan bagi setiap laluan Bas Selangorku
Bilangan Bas
Sehingga 30 Jun 2017, jumlah bas smart selangor yang beroperasi di 11 Pihak Berkuasa Tempatan adalah sebanyak 52 buah bas. Bagi tahun 2017, terdapat penambahan enam buah bas di laluan sedia ada iaitu dua buah bas di laluan Majlis Perbandaran Selayang dan empat buah bas di laluan sedia ada Majlis Perbandaran Sepang, manakala pertambahan laluan baru akan melibatkan penambahan sebanyak 40 buah bas. Jumlah bas yang akan mula beroperasi pada bulan Julai dan Ogos 2017 adalah sebanyak 46 buah.
Secara keseluruhannya, jumlah bas bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor adalah sebanyak 98 buah.
- Kos bulanan
Keseluruhan kos perkhidmatan Bas Smart Selangor adalah merangkumi kos sewaan, wrapping, penyelenggaraan dan cukai barangan dan perkhidmatan. Kos sewaan sebanyak RM800.00 sebuah bas sehari adalah termasuk kos penyelenggaraan manakala urusan seperti gaji pemandu, minyak dan sebagainya adalah dibawah urusan pengoperasian syarikat operator yang telah dilantik. Mengambil contoh bagi satu laluan yang mempunyai 4 buah bas seperti di Majlis Perbandaran Ampang Jaya, kos keseluruhan untuk tempoh sebulan (31 hari) adalah RM105,152.00 manakala laluan yang mempunyai 2 buah bas menelan belanja RM52,576.00 sebulan.