Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
95) BAS SELANGORKU
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah statistik penggunaan Bas Selangorku setiap bulan untuk 12 bulan yang lalu, mengikut setiap laluan bas?
Jumlah pengguna Bas Smart Selangor bagi tempoh 1 Julai 2015 hingga 31 Disember 2018 adalah 29,799,865 penumpang. Pecahan jumlah penumpang mengikut tahun adalah seperti di Jadual 1 dan statistik penggunaan Bas Smart Selangor untuk tahun 2018 adalah seperti di Lampiran I.
Jadual 1 : Jumlah penumpang mengikut tahun
Tahun Jumlah penumpang 2015 546,661 2016 4,163,654 2017 10,660,051 2018 14,429,499 Jumlah 29,799,865 -
Berapakah bilangan bas yang digunakan mengikut setiap laluan bas?
Perkhidmatan Bas Smart Selangor kini mempunyai 40 laluan dan 128 buah bas di 11 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor, tidak termasuk perkhidmatan PJCity Bus oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Butiran jumlah laluan dan Bas Smart Selangor mengikut PBT adalah seperti berikut:
BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN JUMLAH LALUAN JUMLAH BAS
1. Majlis Bandaraya Shah Alam 6 26 2. Majlis Perbandaran Subang Jaya 5 20 3. Majlis Perbandaran Klang 3 12 4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 4 14 5. Majlis Perbandaran Kajang 5 13 6. Majlis Perbandaran Selayang 3 14 7. Majlis Perbandaran Sepang 4 10 8. Majlis Daerah Kuala Langat 2 4 9. Majlis Daerah Kuala Selangor 2 5 10. Majlis Daerah Sabak Bernam 3 4 11. Majlis Daerah Hulu Selangor 3 6 JUMLAH KESELURUHAN 40 128 -
Berapakah hasil daripada jualan iklan untuk Bas Selangorku?
Pada masa ini, tiada hasil yang diperolehi daripada penjualan iklan untuk Bas Smart Selangor kerana penjanaan ruang iklan belum dilaksanakan sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Tempatan.