Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

220) BAS PERCUMA SMART SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Kerajaan Selangor akan membekalkan Bas Percuma Smart Selangor di DUN Teratai?

    Melalui penelitian saya, tiga soalan telah ditanyakan tentang perkara berkaitan Bus Smart Selangor. Soalan-soalan tersebut datangnya dari:

    No. Soalan Nama ADUN Tajuk Soalan
      Dengkil KHIDMAT BAS SELANGORKU PERCUMA (IPR 13)

     

    a)            Nyatakan jumlah pengguna IPR 13 pada tahun 2016 mengikut PBT.

     

    b)            Nyatakan secara terperinci pecahan perbelanjaan IPR 13 pada tahun 2016 mengikut PBT.

      Balakong BAS PERCUMA

     

    a)            Jelaskan     pencapaian     program     bas     percuma mengikut PBT masing-masing.

     

    b)            Jelaskan      perancangan     untuk                      menambahbaik perkhidmatan bas percuma pada tahun 2017.

    Izinkan saya untuk menjawab bersekali soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung status perkhidmatan bas percuma Bas Smart Selangor yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri memandangkan semua soalan merujuk kepada perkara yang sama.

    Tuan Speaker,

    1. Statistik Penumpang Bas Smart Selangor
    • Perkhidmatan Bas Smart Selangor mula dilaksanakan pada 1 Julai 2015 dan sehingga kini terdapat 15 laluan telah diperkenalkan di 11 Pihak Berkuasa Tempatan. Statistik penumpang Bas Smart Selangor dari tempoh 1 Julai 2015 hingga 28 Februari 2017 adalah sebanyak 5,934,770 orang dan pecahan penumpang mengikut tahun adalah seperti berikut:
      • Tahun 2015 (mulai 1 Julai 2015) : 546,661 penumpang
      • Tahun 2016 : 4,163,654 penumpang
      • Tahun 2017 (sehingga 28 Feb. 2017) : 1,224,455 penumpang
    • Bagi maklumat terperinci yang dipohon oleh Yang Berhormat Balakong dan Dengkil berkaitan statistik pengguna Bas Smart Selangor mengikut PBT adalah seperti berikut:
    • Tahun 2015 (Mulai 1 Julai 2015)
    Pihak Berkuasa Tempatan Laluan 1
    Majlis Bandaraya Shah Alam 270,491
    Majlis Perbandaran Subang Jaya 192,196
    Majlis Perbandaran Klang 83,974
    JUMLAH 546,661
    • Tahun 2016
    Pihak Berkuasa Tempatan Laluan 1 Laluan 2 Laluan 3 Jumlah
    Majlis Bandaraya Shah Alam 805,331 22,959 37,755 866,045
    Majlis Perbandaran Subang Jaya 603,115 28,578 58,448 690,141
    Majlis Perbandaran Klang 439,910 -tiada- 523,884
    Majlis Perbandaran Ampang Jaya 461,492 -tiada- 461,492
    Majlis Perbandaran Kajang 788,324 -tiada- 788,324
    Majlis Perbandaran Selayang 532,878 -tiada- 532,878
    Majlis Perbandaran Sepang 80,624 -tiada- 80,624
    Majlis Daerah Kuala Langat 109,292 -tiada- 109,292
    Majlis Daerah Kuala Selangor 55,083 -tiada- 55,083
    Majlis Daerah Sabak Bernam 49,257 -tiada- 49,257
    Majlis Daerah Hulu Selangor 90,608 -tiada- 90,608
    Jumlah Keseluruhan 4,163,654

     

    • Tahun 2017 (Sehingga 28 Februari 2017)

     

    Pihak Berkuasa Tempatan Laluan 1 Laluan 2 Laluan 3 Jumlah
    Majlis Bandaraya Shah Alam 191,814 31,687 50,764 274,265
    Majlis Perbandaran Subang Jaya 143,246 38,358 62,170 243,774
    Majlis Perbandaran Klang 148,203 -tiada- 148,203
    Majlis Perbandaran Ampang Jaya 75,715 -tiada- 75,715
    Majlis Perbandaran Kajang 164,622 -tiada- 164,622
    Majlis Perbandaran Selayang 165,807 -tiada- 165,807
    Majlis Perbandaran Sepang 44,344 -tiada- 44,344
    Majlis Daerah Kuala Langat 47,959 -tiada- 47,959
    Majlis Daerah Kuala Selangor 17,932 -tiada- 17,932
    Majlis Daerah Sabak Bernam 16,230 -tiada- 16,230
    Majlis Daerah Hulu Selangor 25,604 -tiada- 25,604
    Jumlah Keseluruhan 1,224,455

     

    • Peningkatan jumlah penumpang Bas Smart Selangor ini secara tidak langsung telah menunjukkan indikasi positif terhadap sambutan masyarakat di dalam menggunakan pengangkutan awam sebagai mod kemudahan untuk pelbagai urusan yang dilaksanakan.
    1. Kos dan Peruntukan Bas Smart Selangor
    • Kos bagi penyediaan Bas Smart Selangor yang bermula pada 1 Julai 2015 adalah menggunakan peruntukan di bawah Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor. Namun begitu, dua laluan tambahan baru di Shah Alam dan Subang Jaya yang dilaksanakan pada bulan November 2016 telah dibiayai oleh PBT masing-masing iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Subang Jaya berdasarkan konsep 1 plus
    • Untuk Tahun 2015, kos bagi penyediaan perkhidmatan Bas Smart Selangor di tiga (3) PBT adalah sebanyak RM3,481,712.00. Butiran kos bagi setiap PBT adalah seperti berikut:
    • Tahun 2015
    Pihak Berkuasa Tempatan Laluan 1

    (RM)

    Majlis Bandaraya Shah Alam 1,266,064.00
    Majlis Perbandaran Subang Jaya 1,266,064.00
    Majlis Perbandaran Klang 949,584.00
    Jumlah Keseluruhan Tahun 2015 RM3,481,712.00

     

    • Manakala kos bagi penyediaan Bas Smart Selangor pada tahun 2016 pula, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM11,360,910.64 untuk butiran berikut:
      • Kos lanjutan kontrak bagi laluan sedia ada sebanyak RM1,939,906.00 (Nota: kos ini merupakan kos lanjutan kontrak 3 PBT yang berakhir pada 30 Jun 2016 beserta tambahan sebuah bas untuk MPK. Kontrak dilanjutkan dari 1 Julai 2016 – 31 Disember 2016);
    • Laluan baru di enam PBT dan laluan tambahan MBSA dan MPSJ yang menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM6,888,876.64; dan
    • Laluan baru di MPAJ dan MPKJ sebanyak RM2,532,128.00 yang disalur pada tahun 2015 namun operasi bas bermula pada 1 Januari 2016.
    • Keseluruhan kos tersebut adalah tidak termasuk laluan tambahan yang dibiayai sendiri oleh pihak MBSA dan MPSJ iaitu berjumlah RM3,146,928.00.
    • Pecahan kos dan perbelanjaan Bas Smart Selangor Tahun 2016 mengikut PBT adalah seperti berikut:
    • Tahun 2016

    Butiran Kos Perbelanjaan Penyediaan Bas Smart Selangor Tahun 2016 Mengikut PBT

    Pihak

    Berkuasa Tempatan

    Laluan 1 (RM) Laluan 2 (RM) Laluan 3 (RM) Jumlah (RM)
    Majlis

    Bandaraya Shah Alam

     

    624,128.00

    1,894,008.00

    (peruntukan

    MBSA)

     

    1,262,672.00

     

    3,780,808.00

    Majlis Perbandaran Subang

    Jaya

     

    624,128.00

     

     

     

    1,262,672.00

     

    1,252,920.00

    (peruntukan

    MPSJ)

     

    3,139,720.00

    Majlis

    Perbandaran Klang

     

    691,650.00

     

    -tiada-

     

    691,650.00

     

    Pihak Berkuasa

    Tempatan

    Laluan 1 (RM) Laluan 2 (RM) Laluan 3 (RM) Jumlah (RM)
     

    Majlis Perbandaran Ampang

    Jaya

    1,266,064.00

    (menggunakan peruntukan tahun 2015)

       

    1,266,064.00

    (Peruntukan 2015)

     

    Majlis Perbandaran

    Kajang

    1,266,064.00

    (menggunakan peruntukan

    tahun 2015)

      1,266,064.00

    (Peruntukan 2015)

    Majlis Perbandaran

    Selayang

     

    1,250,796.00

     

    -tiada-

     

    1,250,796.00

    Majlis Perbandaran

    Sepang

     

    625,400.00

     

    -tiada-

     

    625,400.00

    Majlis Daerah Kuala

    Langat

     

    625,400.00

     

    -tiada-

     

    625,400.00

    Majlis Daerah Kuala

    Selangor

     

    621,448.32

     

    -tiada-

     

    621,448.32

    Majlis Daerah Sabak

    Bernam

     

    621,448.32

     

    -tiada-

     

    621,448.32

    Majlis Daerah Hulu

    Selangor

     

    619,040.00

     

    -tiada-

     

    619,040.00

    Jumlah Keseluruhan RM14,507,838.64

     

    • Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Teratai, keseluruhan kos tersebut merangkumi kos    sewaan,    wrapping,    penyelenggaraan   dan cukai barangan dan perkhidmatan. Kos sewaan sebanyak RM800 sebuah bas sehari adalah termasuk kos penyelenggaraan manakala urusan seperti gaji pemandu, minyak dan sebagainya adalah dibawah urusan pengoperasian syarikat operator yang telah dilantik. Mengambil contoh bagi satu laluan yang mempunyai 4 buah bas seperti di MPAJ, kos keseluruhan untuk tempoh setahun adalah sebanyak RM1,262,672.00.

    Penambahbaikan dan Perancangan Bas Smart Selangor Tahun 2017

    • Untuk makluman Yang Berhormat, perkhidmatan Bas Smart Selangor sentiasa akan dikaji dan dinilai bagi memastikan perkhidmatan bas ditambahbaik dari semasa ke semasa. Sambutan terhadap perkhidmatan Bas Smart Selangor yang sangat memberangsangkan telah memberikan isyarat yang positif kepada Kerajaan Negeri untuk sentiasa menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Bagi tahun 2017, Kerajaan Negeri akan memberi fokus kepada penambahbaikan perkhidmatan Bas Smart Selangor seperti pertambahan jumlah bas dan tambahan laluan-laluan baru yang menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
    • Pada tahun 2017, konsep 1 plus 1 juga telah disyaratkan kepada beberapa PBT yang lain supaya lebih banyak laluan baru dapat diperkenalkan untuk memenuhi keperluan dan kemudahan rakyat di Negeri Selangor. Justeru itu juga, sebelas PBT telahpun membentangkan tiga (3) cadangan baru semasa Retreat Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor yang diadakan pada 6 – 7 Mac 2017 yang lalu untuk dilaksanakan pada tahun 2017. Laluan-laluan baru ini dijangka akan memulakan operasi pada bulan Julai
    • Untuk makluman Yang Berhormat Teratai, antara cadangan laluan yang telah dibentangkan oleh MPAJ adalah dari LRT Cempaka ke Taman Bukit Teratai sepanjang 6.2 kilometer dengan keperluan bas sebanyak 3 buah bas. Pelaksanaan laluan baru adalah tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor berdasarkan konsep

    1 plus 1 iaitu satu laluan akan diperuntukan oleh Kerajaan Negeri sekiranya MPAJ bersetuju membiayai kos bagi satu lagi laluan baru.

  2. Berapakah kos tahunan yang terlibat untuk membekalkan bas percuma untuk satu laluan, termasuk gaji pemandu, minyak dan sebagainya?

Lampiran

Tiada Lampiran.